Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 17, 2015

PANAS!! : DATO HUSAM DAN KHALID SAMAD DI CABAR....BERANIKAH MEREKA??

 Mustafa Ali
 KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.

“Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.

"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Hadi cabar Husam bersumpah

Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam  program terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.
Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.

Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun  Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.

Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan   tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.
“Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit.

“Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas.

Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini.

“Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

4 ulasan:

  1. Terima je cabaran tu.... UG bukan jenis berani.... sampai masa nak bersemuka..... pasti dia u-turn. UG = U-Turn Geng.

    BalasPadam
  2. Jawab dulu dlm video tu mu berzina dengan sapo?
    Itu paling penting setopa weii...

    BalasPadam
  3. respon dh mcm jamil khir. yg perlu kamu buat ialah siasat dakwaan husam. husam tidak serang pas. husam mendedahkan perbuatan beberapa kerat individu dlm pas yg brtindak tdk selari dgn kptsan muktamar. come os stopa...be rational

    BalasPadam
  4. respon dh mcm jamil khir. yg perlu kamu buat ialah siasat dakwaan husam. husam tidak serang pas. husam mendedahkan perbuatan beberapa kerat individu dlm pas yg brtindak tdk selari dgn kptsan muktamar. come on stopa...be rational

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...