Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 18, 2015

PANAS!!! : ADA ORANG PANAS DENGAN PARTI ISLAM BARU (AMANAH)

Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia hanya dua bulan, kata Timbalannya Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata,  selain itu pemimpin- pemimpin kanan  Amanah  telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.

‎"Perkara ini  membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.
"Di samping itu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah "Rahmat Untuk Semua" disamping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli , ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.

"Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.

"Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan? ," ujarnya.

Katanya, kekuatan pihaknya  praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif.
"Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman," katanya.

Katanya lagi, berbekalkan pengalaman puluhan tahun dipersada perjuangan, beliau  dan Mohd Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti mana yang berlaku kini.

" Insya-ALLAH  Amanah walaupun usianya masih baru mampu untuk membaca kilat ikan di air," katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

10 ulasan:

  1. Malam tadi saya dengar kuliah Zulkifi Ahmad di Surau Al-Kautsar, Wangsa Maju. Beliau mendakwa sebab Saudara Salahuddin Ayub bersama dengan AMANAH kerana DAP janjikan jawatan Menteri Besar Johor. Sila ulas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuliah ugama dalam surau bercakap pasal politik? yg tu bkn ustaz tapi 2 kali engko baru boleh start...

      Padam
    2. Islam x boleh dipisahkan dari politik.. hanya umb6o dan pan shj yg beranggapan agama lain politik lain..

      Padam
  2. Sebab yg tak masuk akal. Siapa dap utk buat janji seperti itu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pas dituduh mcm2 terus shj pan mengiyakan.. bila dap diherdik sikit maka berbondong2lah macai dap (pan) pertahankn..

      Padam
  3. Sekarang ni... apa2 yg terkeluar dari manusia yang mengaku ustaz kita juga kena hati2... Semua cari makan, aku pun dah fed up dengan golongan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk makluman.. kini ada satu tok guru baru yg iktiraf islam pan.. beliau ialah yg Berbhg TGTony Pua..

      Padam
    2. Utk makluman.. kini ada satu tok guru baru yg iktiraf islam pan.. beliau ialah yg Berbhg TGTony Pua..

      Padam
  4. Bagi saya Sdra Salahuddin layak jadi Menteri pusat kalau pakatan harapan menang. Tapi kalau Menteri Besar pun bagus..Memang la mesti ada rundingan antara Parti2 dalam satu pakatan politik utk rancangan pasca kemenangan...KALAU ADA SEKALIPUN perancangan Pakatan Harapan sekiranya ditakdirkan menang PRU14, SALAH ke? kenapa perlu Ustaz Zulkifli timbulkan isu mcm ni? Fikir2kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. So betullah dap yg tentukan perjalanan politik pan..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...