Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 07, 2015

DATO HUSAM MUSA MEMBUATKAN PEMIMPIN PAS X SENANG DUDUK...PANAS!!!!!!!!!!!


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Katanya, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.

ADUN Salur itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor.

Husam berkata, sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam.

“Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi bebas lontar apa saja

Husam dalam ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Malah, Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Ahmad Amzad Hashim mendakwa Husam sengaja mahu mensabotaj parti itu dengan menyatakan bahawa bekas naib presiden PAS itu telah "berubah".

Bagaimanapun, Husam hari ini bertindak balas dengan bertanya: "Adakah saya yang berubah atau PAS yang sudah berubah?"

Husam juga menekankan kenyataan Abdul Hadi pada 1 November lalu apabila Ahli Parlimen Marang berkenaan menawarkan diri menjadi penasihat kerajaan jika Umno menukar dasar pemerintahan mereka.

Husam berkata kenyataan tersebut menggambarkan Abdul Hadi bebas melontarkan apa sahaja kenyataan tanpa mempedulikan pendirian parti Islam itu.

“Saya dalilkan dengan respon PAS Selangor menerusi kenyataan pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan PERKASA, hampir sebaik sahaja foto Presiden PERKASA memeluk Presiden PAS menjadi viral.

“Jika tindakan presiden menjalin hubungan dengan PERKASA telah diputuskan dalam mesyuarat pusat, tentulah Pesuruhjaya Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
"Ini semua menunjukkan perbezaan PAS hari ini dan masa lalu. Adakah saya berubah atau yang telah PAS berubah?" jelas Husam.

Beliau menambah, walaupun Abdul Hadi sentiasa cuba untuk merealisasikan kerajaan perpaduan dengan Umno, namun perkara itu tidak pernah diisytiharkan dalam muktamar PAS.
Sebaliknya, Husam berkata, ia telah menyebabkan keretakan dalam PAS.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

4 ulasan:

  1. Sudah2lah tu husam.. hanya melayu PAN shj yg masih simpati dgn kamu.. kalau kamu dapat simpati kami, pasti kami tak singkirkan kamu awal2 masa muktamar.. sila fikir dalam2 kenapa kamu disingkirkan.. kalau PAS yg berubah pasti kami dah humban TGHH... kami x nak jadi spt PAN yg berubah dari sokong hudud terus sanggup tolak hudud kalau DAP tolak hudud...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tembelang ulamak2 jadian sudah pecah maka untuk menutup kebusukan akibat tembelang itu PASchai2 pun sibuk lah bercakap pasal Hudud yang sudah pun dibungkus dan diselitkan kat atap rumah Hj Hadi. Kalau Terengganu masa dibawah Hj Hadi pun tak ada niat langsung nak buat adakah masih ada lagi ahli2 PAS yakin yang Hj Hadi ni betul2 nak laksana Hudud kat Kelantan? Dan sekarang setelah Parlimen bersidang, RUU yang menjadi kebanggaan Hj Hadi tu pong sudah ghaib dan cakap2 nak berperang dengan UMNO pun sudah senyap. Tup2 kuar pulak cerita nak jadi penasihat kepada Najib. Ulamak2 yang tak reti nak jaga negeri mereka sendiri nak nasihat Najib tentang NEGARA? Silap2 bukan bertambah baik, bahkan bertambah teruk....Silap2 derma 2.6 billion terus jadi 5.2 billion. silap2 RM bukan aje jatuh tapi terus tertiarap. Silap2 dengan nasihat Hj Hadi and geng, bukan aje kerajaan bertambah hutang malah berhutang pulak dengan kakitangan kerajaan (tertunggak caruman kwsp, angkasa, pinjaman macam yang berlaku kat Kelantan nu).

      Penasihat ni biasanya diambil dari kalangan mereka2 yang mempunyai rekod kerja dan perkhidmatan yang bagus dan berjaya tapi geng2 Hj Hadi ni ada ke rekod dan pengalaman urus tadbir yang berjaya? Kedah? Terengganu dan Kelantan selepas Almarhum TGNA? But then again, Najib ni memang kerjanya melantik penasihat2 yang tak guna langsung tapi dibayar lumayan macam APCO dan yahudi2 lain yang duduk kat JPM. So melantik Hj Hadi dan geng serban ni bukanlah hal yang luarbiasa untuk Najib. Bergeliga gak otak Hj hadi ni dalam hal mencari gaji lumayan tanpa perlu memberikan apa2 pulangan yang berfaedah atau hasil yang membawa keuntungan untuk rakyat. Najib bayar APCO berbilion2 untuk menaikan namanya kat medan antarabangsa tanpa membawa manfaat satu sen pun kat rakyat. Najib nak bayar Hj hadi and geng, juta2 untuk menaikkan namanya kat negara2 arab supaya dia boleh dapat lebih banyak duit derma ke? Dengan Hj Hadi sebagai penasihat, Najib bakal dapat bukan billion tapi trillion. Wan Rosli?

      Nick.
      Cape Tiger.

      Padam
  2. Jangan mudaj tertipu dgn yg serban dan jubah dan penggunaan ayat2 quran untuk menghalalkn cara..teruskn perjuangan Husam supaya Melayu Islam tidak terus diperbodoh2kn untuk kepentingan yg aegelintir..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah .. dari perbincangan di atas masih x jmpa apa kesilapan TGHH berbanding kesilapan geng2 langgar sumpah baiah, harta wakaf dan hudud (kalau DAP langgar hudud)..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...