Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 17, 2015

DAP sokong mufti, gesa Umno-PAS 'nikah'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan.
Lim berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dibuat Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) supaya PAS lebih serius untuk bergabung dengan Umno

"Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun (mufti) tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

"Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan undi BN," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat khidmat DAP DUN Taman Templer di Selayang.

Siapa keluar lesen judi, soal Lim

Sementara itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan presiden PAS yang menentang usaha DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

PAS memberikan alasan tidak mahu kaum Cina menguasai kawasan bandar dan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.
Katanya, PAS kini dilihat seperti Umno dan BN kerana sering menyalahkan DAP walaupun kebanyakan lesen judi diluluskan oleh kerajaan persekutuan.

"Kenapa serang kami tapi tak serang BN? Umno-BN yang keluarkan lesen judi. Apa beza (PAS) dengan Umno? Umno selalu salahkan kita sebab judi.
"Judi siapa yang keluarkan lesen? Lesen judi dikeluarkan BN. Jadi apa kaitan dengan DAP?
"Dia (PAS) macam Umno sekarang. Umno selalu salahkan DAP walaupun mereka yang keluarkan lesen.
“Sebab itu apa yang disebutkan mufti memang betul. Lebih baik mereka terus bersama," katanya lagi.
mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Tahupun panas.. sampai dah takde idea lagi macammana nak bg rakyat marah pd pas.. target dap dan pan kini hanya satu iaitu menipu rakyat bhw pas akan gabung dgn umno.. tapi sampai sekarang masih belum nampak kejayaannya.. simpati buat mereka..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...