Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 10, 2015

CADANGAN BAIK DARI AMANAH NEGARA UNTUK KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah)  Khalid Samad berkata desakan untuk mengeluarkan Pas secara mengejut daripada kepimpinan Negeri Selangor akan hanya menguntungkan BN.

Khalid berkata, persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan Pas.

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau Pas Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.
"Melalui tindakan ini hubungan antara Pas adalah dengan Pakatan Harapan dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor pula perlu dijelaskan menjadi kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Pas.
“Seterusnya, gabungan baru ini, perlu menentukan dasar-dasar yang ingin dilaksanakan bersama.

"Ini memberi peluang untuk kerajaan Pakatan Harapan-Pas Selangor mengkaji kembali manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya didapati peluang penambahbaikan maka ia perlu dimanfaatkan," katanya.

Khalid berkata lagi, sebaliknya, sekiranya manifesto PR ingin diterima pakai oleh Kerajaan Selangor Pakatan Harapan-Pas, maka biarlah ia dilakukan secara rasmi juga.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Saya percaya bahawa saranan Y.B Khalid Samad adalah untuk kesejahteraan rakyat Selangor. Malang nya PAS melalui TITM telah menolak cadangan itu. Mengapa begitu "DANGKAL" pemikiran para pemimpin PAS-chai? Adakah mereka tak faham apa itu "REAL-POLITIK"? Atau buat buat tak faham kerana "ISLAM" telah mengajar untuk "MENSEJAHTERAKAN" kehidupan rakyat yang "TERHIMPIT" gara gara perbuatan UMNO/BN yang semakin rakus. Lupa kah TITM yang terus mendengang kan irama "SUMBANG" konon nya PAS akan berterusan menekan dan tidak berkerjasa dengan UMNO/BN. Dendangan irama itu senada dengan kata kata beliau bahawa beliau akan sujud sukur sekira nya kalah di dalam pemilihan dahulu. Nampak gaya bagai mana si "KEPALA" nya begitu lah juga dengan pendirian para pemimpin yang telah di racuni minda mereka oleh si Mokhtar a/l Sneak.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...