Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 07, 2015

TUDUHAN PAS JOHOR BERNIAT JAHAT...

Parti Amanah Negara
 SHAH ALAM – Tuduhan Pas terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) Johor sangat berniat jahat, meskipun mengetahui pemilik asal tiga markas di Pontian, Bakri dan Kota Tinggi terbabit mewakafkan kembali bangunan itu  kepada Amanah.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, istilah merampas sama sekali tidak berlaku dan tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi diwakafkan oleh pemilik asalnya yang masih hidup.

“Pada saya tidak wajar mengatakan kami merampas, ungkapan itu sangat berniat jahat kerana tuan tanah yang diwakafkan di Bakri, Pontian dan Kota Tinggi diperoleh daripada pemiliknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jelas Dzulkefly lagi, seperti mana yang berlaku di Kota Tinggi, bangunan itu milik bekas Yang Di Pertua Pas Kota Tinggi.

“Memandangkan beliau kini adalah Pengerusi Amanah Kota Tinggi, bangunan itu di wakafkan semula kepada Amanah kerana itu adalah haknya,” katanya.

Malah katanya, Amanah menghormati keputusan yang diambil pemilik asal markas Pas di Tenggara yang mengambil keputusan mewakafkan semula bangunan itu kepada Pas.

“Pemilik asal mengubah keputusan dengan memberi semula bangunan itu kepada Pas dan kami hormati keputusan itu,” katanya.

Justeru, Dzulkefly berkata, Pas perlu lebih hati-hati memberi kenyataan selepas ini kerana tidak wajar menggunakan ungkapan (merampas) sedemikian.

“Daripada berpuluh-puluh markas Pas di Johor, Amanah memiliki tiga sahaja. Adakah ini dikatakan merampas.

Pemilik asalnya masih hidup dan wajar rujuk kepada mereka dan tidak menyalahkan Amanah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Amanah telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan ‘harta sepencarian’ di Johor.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan melihat keperluan bagi membincangkan isu bangunan dan harta bersama itu.

Katanya, perkara itu tidak sewajarnya menjadi isu dan boleh dirunding secara baik bersama kedua-dua belah pihak.

“Saya syorkan kedua-dua belah pihak duduk berbincang menyelesaikan isu ini,” katanya.

sh

1 ulasan:

  1. Ambillah harta dunia untuk mengejar dunia. Akhirat Allah sahaja yang tahu, rugi ke untung kita

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...