Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 13, 2015

TERCATAT SEJARAH PAS DAN PERKASA BERKONGSI PENTAS...

Isu 1MDB: Pas, Perkasa 'bergabung' gesa tubuh RCI

KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan yang boleh dianggap 'sejarah', Pas dan Perkasa hari ini berada di pentas sama untuk menzahirkan kebersamaan dalam tiga perkara utama yang menjadi tumpuan hari ini.

Tiga perkara itu ialah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tindakan ke atas bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mattias Chang serta isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan kenyataan media bersama susulan pertemuan yang diadakan NGO itu dan Pas.

"Pas dan Perkasa menyambut baik titah Raja-Raja Melayu mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion. Susulan titah Majlis Raja-raja, maka Pas dan Perkasa memohon ampun perkenan Majlis Raja-raja agar mengarah kerajaan menubuhkan (Suruhanjaya di Raja (RCI) mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Mengesa pihak berkuasa membebas peguam Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah tahanan Sosma.

"Selain mendesak kerajaan supaya benar-benar telus dan tidak bersuara mengenai TPP. Isu TPP haruslah isu kepentingan rakyat dan negara dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku telus dan setelusnya," katanya.

Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersama deligasi Perkasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdul Hadi dan pimpinan Pas di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, di sini.

sh

1 ulasan:

  1. Semoga berjaya gabungan ini yang akan menjadikan Pas lagi Perksa,jangan peduli dengan Amanah dan DAP ,diharapkan mnejemput azmin dan pengikut PKR agar dapat bersama babungan ini,kalau bolih teruskan hubungan dengan Umno semoga dapat memrintah Malysia ini dengan cara Pas dan Perkasa ,sebahagian hendak cara islam dan sebahgian lagi cara racis.dan PKR dok diam2 .yang kita mahu ialah undi.hidup PAS PERKASA dan pkr.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...