Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 12, 2015

PANAS!! : KHAIRY JAMALUDDIN KENA TIBAI...

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub
 SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersetuju dengan sebuah kajian menyatakan tiada parti politik di negara ini berjaya menarik perhatian golongan muda dibidas oleh veteran Umno.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, berdasarkan pengalaman PRU13, saluran satu dan dua mewakili golongan muda yang banyak mengundi BN.

“Kenyataan Khairy itu dalam erti kata yang lain, seolah-olah golongan muda tidak berminat dengan politik. Kalau benarlah sikap golongan muda hari ini seperti itu, Veteran Umno ingin mencadangkan supaya Pemuda Umno dan Pemuda BN dibubarkan.

“Tidak ada maknanya Pemuda BN yang menjadi sayap kepada parti-parti komponen BN wujud lagi kerana mereka gagal menarik golongan muda untuk menyokong BN.

"Adalah amat tidak logik untuk menerima kenyataan golongan muda tidak berminat sertai parti politik dan mendaftar sebagai pengundi.

"Pengundi muda dikatakan atas pagar. Adalah lebih senang menarik pengundi atas pagar dari pengundi tegar pembangkang. Saya tidak yakin pengundi muda ini majoritinya atas pagar. Mereka ada cita rasa sendiri,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Khairy itu adalah satu kenyataan untuk melepaskan diri kerana kegagalan Pemuda Umno menarik golongan muda mendekati Umno dan BN.

Beliau mempersoalkan peranan Pemuda Umno dan BN sehingga gagal menarik golongan muda.

“Sebenarnya, berapa ramai Pemuda Umno dan BN berjaya mendaftar golongan muda ini sebagai ahli dan pengundi? Apakah cukup dengan hanya mengadakan karnival dan pesta? Kalau kejayaan karnival dan pesta dihadiri ratusan ribu anak muda sebagai ukuran, maka Pemuda Umno dan BN silap.

“Golongan muda perlu didekati, dipujuk, diambil cakna dan dibaja dengan jati diri. Rasa cinta dan sayang kepada bangsa, negara dan ugama. Apakah program-program seperti itu dilaksanakan oleh Pemuda?,” soalnya.

Bagaimanapun, Mustapha berkata, masih belum terlambat untuk Pemuda Umno menarik golongan muda.
Katanya, Pemuda Umno dan BN perlu menyusun strategi mendekati golongan Generasi Y yang mewakili 40 peratus pengundi PRU14.

“Mereka perlu dipujuk untuk memahami dasar-dasar kerajaan. Mereka mesti diberi kefahaman tentang jasa dan kebaikan kerajaan BN. Mereka perlu didaftar sebagai pengundi untuk mengundi BN. Pemuda mesti lebih bertenaga dan pro-aktif.

“Veteran tidak mampu mendekati mereka kerana perbezaan budaya dan kegemaran. Pemimpin Pemuda mesti dilihat hidup dalam serba kesederhanaan,” katanya

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...