Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 20, 2015

NGO DESAK NEGERI SELANGOR WUJUDKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN..


 PHAHROLRAZI

ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dikuasai PKR dan DAP.

"Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor kepada media hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Harapan perlu mengukuhkan kedudukan dalam arena politik negara walaupun Pas enggan menyertai pakatan itu berikutan kemasukan Amanah.

Pahrolrazi berkata, beliau menyerahkan surat rasmi kepada Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Safian di Wisma Negeri Kedah hari ini bagi memaklumkan penyertaannya dalam Amanah.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, ia bagi memudahkan speaker Dun mengatur kedudukan kerusi tujuh Adun Pakatan Harapan pada sidang Dun yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 November ini.

Ketua pembangkang menurutnya, masih diketuai Pas dengan lapan kerusi Dun berbanding Pakatan Harapan dengan tujuh kerusi Dun iaitu beliau dari Amanah, dua  DAP dan empat daripada PKR.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata Adun Pas yang berhijrah kepada Amanah sebelum ini bersepakat agar tidak meletak jawatan sebagai Adun kerana mengambil kira pelbagai aspek.

"Kalau di tempat Pas bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon Pas disebabkan Pakatan Rakyat," katanya.
  
Beliau berkata, sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat parti baru serpihan Pas itu kecil, beliau tidak perlu melakukan pelbagai serangan teruk terhadap parti itu.
sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...