Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 28, 2015

KENYATAAN PRESIDEN PAS TAK BETUL - YB KHALID SAMAD


Wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini mempertahankan tindakan mereka untuk menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion? di Dewan Rakyat semasa pembentang bajet, Jumaat lalu sebagai tindakan beradab.

Ini kerana mereka tidak membaling kasut dan kerusi, dan juga gas pemedih mata seperti yang berlaku di Parlimen Kosovo, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ahli parlimen parti itu tidak menaikkan sepanduk berkenaan kerana mereka membangkang secara ‘beradab’.


Khalid yang juga adalah Ketua Whip AMANAH berkata kenyataan Hadi seolah-olah tindakan mereka adalah tidak bertamadun.

"Kami berpendapat bahawa kenyataan Presiden PAS itu tidak betul. Ini kerana kami tidak membaling kasut dan kerusi. Kami juga tidak melemparkan gas pemedih mata seperti di parlimen Eropah timur.

"Menaikan sepanduk adalah tindakan beradab," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meneruskan tindakan sedemikian di Dewan Rakyat.

"Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," kata Khalid.

Turut hadir bersama pada sidang media itu adalah whip DAP Anthony Loke dan timbalan whip PKR Abdullah Sani Abdul Hamid.

Loke berkata PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, semasa bersama dalam Pakatan Rakyat, berssatu menyokong protes sepanduk anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang sepanduk membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Sebab tu lah PAS x boleh terus bersama pakatan... hancus jadinya.. mula2 ajar PAS buat kurang ajar dgn angkat plakad.. lepas tu nak ajar PAS langgar sumpah baiah.. lepas tu ajar langgar harta wakaf dan lepas tu ajar tolak hudud kalau DAP tolak hudud..

    BalasPadam
  2. bagi penganut PAS yang beradab adalah perbuatan dan tingkah laku pemimpin mereka...inilah wala` tahap gaban.....kikikikikikik...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...