Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 10, 2015

DAP TIDAK TERGUGAT UGUTAN PARTI PAS..

 Tentangan Pas tak gugat DAP

JOHOR BAHRU – DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam negara demokrasi.

Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata, tentangan dari Pas tidak akan memberi impak besar kepada parti itu dan yakin mereka dapat mengekalkan kerusi dengan majoriti undian lebih tinggi hasil sokongan pengundi pelbagai kaum.

“Semua parti perlu faham senario di Johor bahawa dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan terdiri dari komposisi pengundi pelbagai kaum. Jadi semua parti termasuk Pas perlu dapat sokongan semua kaum bukan hanya Melayu.

“Menerusi gabungan Pakatan Harapan saya yakin DAP dapat mengekalkan kedudukan dan menambah kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pas Johor untuk menambah bilangan kerusi pada PRU akan datang termasuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan ditandingi DAP serta kawasan bukan majoriti Melayu.

Chin Tong berkata, Pas sebelum ini berjaya memenangi empat kerusi Dun hasil sokongan pengundi pelbagai kaum dan parti itu akan berdepan cabaran mengekalkan kemenangan sekiranya masih mengamalkan kepimpinan yang tidak terbuka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan antara semua parti pembangkang termasuk Pas perlu diadakan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi menentang BN.

“Pas berhak bertanding di mana-mana kawasan tapi semua parti pembangkang perlu memahami hasrat rakyat yang mahukan perubahan dan menukar kerajaan. Pertembungan tiga penjuru adalah langkah yang tidak bijak.

“Sekiranya ia berlaku pastinya BN dan Umno akan terus menang dan kekal sebagai pemerintah.

Perbincangan antara semua parti pembangkang perlu diadakan bagi mencari penyelesaian,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly turut menasihatkan Pas supaya mempertimbangkan peluang kemenangan mereka untuk meletakkan calon di setiap kawasan dan tidak hanya membuat keputusan mengikut emosi.

Pas Johor pada PRU-13 lalu turut meletakkan dua calon bukan Islam iaitu Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw di Parlimen Ayer Hitam manakala Ketua Wanita DHPP, R Kumutha di Dun Tiram.

Pan Chaw yang menentang calon BN, Datuk Wee Ka Siong kalah dengan undian sebanyak 14,735 berbanding 22,045 milik Ka Siong dengan kemenangan majoriti 7,310 undian.

Sementara itu, Kumutha mendapat 16,273 undi berbanding penentangnya calon BN, Datuk Maulizan Bujang yang meraih 23,716 undian dengan majoriti kemenangan 7,443 undian.

sh
      

1 ulasan:

  1. Bab kita disuruh jgn emosi.. bab dia langgar sumpah dan harta wakaf tu nak panggil apa plk.. munasi?..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...