Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Oktober 11, 2015

AZMIN ALI MASIH PERCAYA KEPADA PARTI PAS...


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada PAS walaupun parti itu tidak menyertai pakatan baharu pembangkang, Pakatan Harapan.

Beliau yang juga menteri besar Selangor berkata, PKR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda sama termasuk dengan PAS atau mana-mana parti lain sekali pun.

"PKR mahu bekerjasama dengan PAS, Amanah, DAP dan saya percaya DAP, PAS dan Amanah (Parti Amanah Negara) boleh menjalin kerjasama kelak .

"Kita sebagai pemimpin perlu berani mengakui kita tidak mempunyai semua jawapan dan kita mesti bekerjasama dengan semua parti dan masyarakat awam," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taman Perindustrian Pulau Indah, Fasa 3C di Pelabuhan Klang semalam.

Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan pada 22 Sept lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan berikutan pertelingkahan antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

PAS sebelum ini telah beberapa kali mengulangi pendirian untuk tidak menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...