Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 23, 2015

TERKINI!! : AMANAH NEGARA TEGUR KERAS SPEAKER PARLIMEN..

Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyarankan agar Speaker Dewan Rakyat melakukan reformasi dari segi idea bagi memimpin pergerakan Parlimen dengan lebih lancar.

Menurutnya, ruang di dalam proses demokrasi bagi memandu pergerakan Parlimen seharusnya mempunyai komitmen yang sewajarnya daripada pihak Speaker.

“Speaker tidak boleh halau orang sesuka hati kerana ini tidak akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda,” katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, semalam.

Saranan Salahuddin itu berhubung dengan isu permohonan maaf berikutan kenyataan daripada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini.

Salahuddin berkata, Malaysia sewajarnya mencontohi proses Parlimen di negara-negara Eropah serta Persidangan Dewan Senat Amerika Syarikat yang dilihat lebih maju ke hadapan.

“Kita (Malaysia) sudah merdeka sejak 50 tahun lalu lagi namun proses Parlimen negara kita masih ketinggalan serta tidak sama dengan negara-negara luar yang maju,” katanya.

Pandikar sebelum ini meminta Kit Siang menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf tanpa syarat selepas mengatakan beliau (Pandikar) menyalahgunakan kuasanya serta mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut memaklumkan bahawa Amanah akan terus bergerak secara aktif di peringkat nasional dan luar negara bagi membawa dan memperjuangkan ideologi parti itu.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...