Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 09, 2015

PANAS!! ADUN PAS PAHANG KELUAR PARTI....

Adun Kuala Semantan keluar Pas
 
TEMERLOH - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru.
 
Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.
 
Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional.
 
“Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul.
 
“Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu.
 
“Saya tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baru,” katanya pada sidang media khas, hari ini.
 
Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.
 
  Image result for tone excel
 
Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta berusaha menyatukan negara ini.
 
Beliau berkata, dari segi bai’ah negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya yang belajar di Yaman.
 
“Dari segi bai’ah tidak ada masalah, saya telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai’ah negeri Pahang ada menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau keluar parti.
 
“Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda,” katanya.
 
Syed Hamid berkata, beliau sekarang tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa.
 
Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya menyertai Umno.
 
Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lipis.
 
Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu.

sh

2 ulasan:

  1. Diminta YB letak jwtn sbg adun tu pls.

    BalasPadam
  2. Dulu masa Makhluk suka melompat Ibrahim Ali menang kerusi DUN Kelantan atas tiket PAS kemudian berpaling tadah menjadi ahli bebas yang menyokong UMNO, tak de satu pun makhluk yang beria2 dan mengancam Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan. Takde pun isu baiah dimainkan, takde pun isu sesat ataupun patut dimusnahkan. Tapi ni bila ahli2 PAS nak beralih parti dan dalam waktu yang sama bawak kerusi2 parlimen dan dun, sibuk makhluk2 tah mana datang bersorak dan mnejerit mintak letak jawatan. Bila kena kat Ibrahim Ali yang paling tadah dan sokong UMNO tak de siapa kisah tapi bila orang2 PAS nak masuk parti yang melawan UMNO, suma hipokrit. Ish..ish...cinta sangat ye orang2 walak Hj Hadi dengan UMNO. Tak sangka....bunyi bising seakan2 rakan PR tapi rindu kat UMNO.....hishhhh....geli den.

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...