Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 08, 2015

KENYATAAN PANAS CHE IBRAHIM..LAYAN...

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim menegaskan apa yang berlaku di dalam Pas kini tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghina ulama.
Menurutnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Pas juga sebenarnya tidak pernah sesekali berniat untuk menolak golongan ulama.

“Mereka hanya tidak bersetuju dengan pendekatan dan kepimpinan beberapa pemimpin Pas yang kebetulannya dianggap sebagai ulama, bukannya menolak ulama secara keseluruhan,” katanya. 
Beliau mengulas kenyataan veteran Pas, Subky Latif yang meluahkan kebimbangan sekiranya dibiarkan pihak tertentu memperlekehkan ulama, didatangi ‘tulah’ (kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan) oleh ALLAH SWT.

  Image result for tone excel

Che Ibrahim berkata, kepercayaan_ bahawa perbuatan menghina ulama boleh membawa 'tulah' adalah kepercayaan karut dan termasuk dalam perkara khurafat.

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh mendatangkan mudarat atau manfaat kepada orang lain kecuali dengan izin ALLAH SWT. Islam mengajar umatnya menghormati semua golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan status termasuk ulama dan bukan ulama.

“Itu membuktikan bukan sahaja ulama, bahkan seorang peminta sedekah pun tidak boleh diperlekehkan," katanya.


sh

2 ulasan:

  1. Alhamdulilllah .masih ada ulamak yang bijak mengenai agama,sebab islam bukan zalim seperti yang difikirkan Hadi dan pengikut jumudnya.Di harap Che Ibrahim dapat mnenangkan masyarakat dengan penerangan yang sesuai dengan islam .Subky mungkin terpalit sakit jiwanya bersama2 dengan golongan UG .

    BalasPadam
  2. makan gaji buta dulunya...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...