Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 13, 2015

UMNO CABAR PAS LETAK JAWATAN DI SELANGOR KAH KAH KAH KAH...


 

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor dicabar meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata cabaran juga ditujukan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.
  
"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau ADUN PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, ADUN PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.
  
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program tadarus dan khatam Al-Quran peringkat Selangor di Masjid Puncak Alam, di Kuala Selangor semalam.
    

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS di negeri itu akan meneruskan kerjasama dan hubungan dengan DAP di Selangor sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubungtahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.
  
Iskandar berkata hubungan dan kerjasama itu diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13.

mk

2 ulasan:

  1. Biala melibatkan fulus pandai pula ada ungkapan kerja sama dengan DAP tapi bila pemimpin sendiri tidak ikut apa yang diucap tidak pula ada ungkapan presiden tolol dan tidak patuh pada janji.Apa jenis parti dan pemimpin kita tak tahu langsung tidak ada maruah dan harga diri buat malu orang islam saja kalau UMNO tu mungkin kita boleh katakan mereka tidak sepenuhnya islam cuma melayu saja , yang islam pun tak tahu macam mana mungkin islam keturunan saja .

    BalasPadam
  2. Semua ini kerana DIA
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
    4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg hadi ponteng?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...