Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 11, 2015

HOT!! : PEMIMPIN PAS YANG BARU MEMALUKAN...

 Lim Guan Eng
 
GEORGETOWN - Keengganan kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
Malah, katanya tindakan empat Ahli Majlis Pas dalam Majlis Bandar raya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada Pas di mata orang ramai.
 
"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan ahli biasa Pas di Pulau Pinang. Malangnya, kepimpinan Pas yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan silu memegang jawatan kerajaan negeri.
 
"...walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan Pas yang baharu bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Rabu lepas, Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
 
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata secara logiknya Pas harus mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Ahli Majlis Pas berkenaan mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP. 
 
"Mujurlah masih ada pemimpin Pas yang mulia yang telah meletakkan jawatan walaupun keengganan kepimpinan baharu Pas menuruti tindakan mereka menamatkan hayat Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang telah mengemukakan peletakan jawatan mereka," katanya. 
 
Katanya beliau juga telah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Rosidi Hussain sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang.
 
Sabtu lepas (6 Jun) bekas Timbalan Presiden Pas itu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.
 
Pada 8 Jun, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.
 
Dalam pada itu, Lim turut menempelak Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang mendakwa cadangannya untuk wakil kerajaan Pas meletakkan jawatan dengan hujah ekstremisme dan perkauman yang menyebabkan persepsi negatif terhadap DAP dalam kalangan orang Melayu.
 
Beliau berkata adalah amat dikesali apabila Pas berkelakuan seperti Umno, sedangkan beliau telah mengumumkan sebelum ini bahawa mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh Pas akan diisi oleh orang Melayu yang menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP.

sh

2 ulasan:

  1. Dulu bodoh dan tolol itu sinonim dengan UMNO.

    Tapi sejak dua menjak pemimpin PAS dah berpeluk dengan pemimpin UMNO, penyakit tu dah terkena kat PAS pulak.

    Goblok betul kah kah kah kah.

    Parti PAS kena tukar nama baru = Parti Pasentut.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Mereka ini bukan leadership material'. Mereka hanya tahu buat kecoh.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...