Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 15, 2015

HOT!! : BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NASIHAT PAS..

 Nasharudin Mat Isa

BANGI - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mengulang lagi gesaan yang pernah dibuat sebelum ini agar Pas menilai semua hubungan parti Islam itu dengan rakan komponennya, DAP.

Menurutnya, bukti telah jelas apabila DAP secara terbuka menyerang Pas dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya telah menyatakan pendirian saya dalam konteks hubungan Pas - DAP ini empat tahun lepas. Apabila saya buat kenyataan, Pas perlu menilai semula hubungan itu.

"Pada hari ini, telah jelas terbukti bagaimana secara terbuka DAP menyerang kepimpinan Pas dan presiden. Bagi mereka bukan hanya sekadar anti-Pas, mereka juga anti-Islam," katanya ketika ditemui di Kenduri Perpaduan Ummah Komuniti, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.

Hubungan Pas - DAP terus dilanda kemelut apabila pimpinan-pimpinan parti itu serang menyerang menerusi kenyataan di media.

Mengulas lanjut, Nasharudin melahirkan harapannya agar Pas benar-benar menilai semula hubungan tersebut.

"Jadi, dengan segala perkembangan terkini yang jelas terlihat depan mata kita dengan usul yang dibawa oleh Dewan Ulama.

"Saya sebagai ahli biasa mengharapkan Pas benar-benar menilai semua hubungannya dengan DAP," katanya.

Pada Muktamar Pas ke-61 yang lalu, Pas menerima usul Dewan Ulama agar memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

sh

2 ulasan:

  1. TGHH patut amik Nasharudin join PAS semula.

    BalasPadam
  2. Lantik sebgi pu***sihat..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...