Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 02, 2015

CALON PRESIDEN PAS IKRAR SATUKAN PAS JIKA TERPILIH...

 Ahmad Awang
SHAH ALAM - Calon Presiden Pas, Ahmad Awang hari ini berikrar akan menyerah segala keringat jiwa dan raganya kepada parti itu sekiranya beliau dipilih untuk memegang jawatan presiden parti.
Katanya, beliau juga akan kembali memperkukuhkan Pas bagi menjadikan parti itu sebuah entiti siyasah yang mampu menerbitkan kepercayaan rakyat untuk diberikan amanah ke Putrajaya.

“Saya ingin sebut bahawa saya bukanlah yang terbaik untuk memimpin jemaah ini. Namun jika diberi kepercayaan oleh seluruh anggota, akan saya serahkan jiwa dan raga saya untuk melihat Pas kembali bersatu dan kukuh.

“Lebih penting, saya mengimpikan setiap anggota Pas mampu menjadi qudwah terbaik untuk dicontohi peribadinya oleh rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Muktamar Pas kali ini, Ahmad bakal mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah 17 tahun jawatan itu tiada pertandingan.

Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan berlangsung bermula Khamis ini dalam Muktamar kali ke-61 di Kuala Selangor.

sh
      

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...