Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 06, 2015

HOT!! : MEDIA PRO KERAJAAN KENA SAMAN KERANA MEMFITNAH..

 

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kerana memfitnah.
  
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus sebulat suara menolak rayuan NSTP terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati syarikat itu bertanggungjawab menerbitkan kenyataan fitnah mengenai Husam dan tentang jumlah bayaran ganti rugi.
  
Mohd Hishamuddin memutuskan tidak terdapat sebarang merit dalam rayuan yang dikemukakan oleh NSTP berhubung liabiliti dan jumlah ganti rugi.
  
Turut bersidang bersama-sama Mohd Hishamuddin ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.
  
Hakim turut memerintahkan NSTP membayar RM60,000 sebagai kos perundangan.



Mohd Hishamuddin juga memberikan award RM50,000 sebagai kos kepada Husam untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk liabiliti dan RM10,000 lagi sebagai kos untuk prosiding di Mahkamah Rayuan berhubung jumlah ganti rugi.
  
Pada 31 Januari 2008 Husam memfailkan saman sivil terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga, Mohd Adhan Kecik, Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan NSTP kerana membuat kenyataan fitnah mengenai beliau pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkaitan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd.
  
Kenyataan yang didakwa sebagai fitnah itu diterbitkan oleh New Straits Times dan Berita Harian pada 28 Nov 2007.
  
Husam mendakwa kenyataan tersebut telah menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik dan pemimpin parti.
  
Beliau bagaimanapun menarik balik saman terhadap Mohd Adhan dan Nozula pada 15 Okt 2009 selepas kedua-duanya membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal Jun di sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.
  
Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan liabiliti Husam terhadap NSTP dan mengarahkan penilaian ganti rugi. Pada 17 Feb tahun lalu Mahkamah Tinggi memberikan award RM350,000 sebagai ganti rugi kepada Husam.
  
Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff sementara NSTP diwakili Rishwant Singh.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...