Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 08, 2015

TERKINI!! : KENYATAAN ULAMA PAS DENGAN KEGANASAN TERHADAP PEMIMPIN PAS.

 

PAS mendakwa terdapat pihak mengambil kesempatan menjelang pemilihan parti itu Jun depan dengan tindakan ganas menyerang dan membakar kereta pemimpin PAS.

“PAS sedar ada pihak yang sedang menangguk di air keruh sempena pemilihan parti di Jun,” kata naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
.
Beliau menyeru ahli dan pemimpin PAS supaya tidak memberi peluang kepada kumpulan itu mengeruhkan keadaan.

Katanya, sebagai parti Islam yang menerima demokrasi, mereka patut menunjukkan ketinggian disiplin, akhlak, sikap kerterbukaan melebihi parti-parti lain.



Tonjolkan kebaikan diri, dan hormatilah saingan masing-masing tanpa perlu melakukan apa-apa di luar batas disiplin parti.,” katanya.

Setakat ini dua anggota jawatankuasa pusat PAS menjadi mangsa keganasan, iaitu  Dr Dzulkefly Ahmad yang diserang dengan objek keras di bahagian muka dan Dr Hatta Ramli yang keretanya dibakar di hadapan rumah.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim serangan kepada ahli politik pembangkang mengingatkan kepada tragedi hampir sama dalam tahun 60-an, apabila Abdul Samad Gul ditetak sekembalinya daripada ceramah.

“Dalam era politik kini, insiden begini tidak sepatutnya berlaku.
Ia menggambarkan masih wujud suasana tidak selamat di kalangan ahli politik,” katanya.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung beberapa bulan lagi dilihat antara yang terpanas dalam sejarah parti Islam itu setakat ini.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...