PENTING : ELAK PR PECAH, DAP DAN PKR KENA SOKONG HUDUD DI KELANTAN.

 

Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam. Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama.

Namun jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS. Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong. 


Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai PR?

Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. UMNO / BN tetap menjadi 'musuh' bersama.
  
FB : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
15 Mac 2015 10:06 PTG delete

Betul tuan, kenapa PKR takut hudud? Tapi mahu anwar dibicarakan secara lebih adil? pelik gak kan?

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes