Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 09, 2015

BERITA GEMPAK!! : SPRM AKAN SIASAT 1MDB...kikikiki..

 Tan Sri Abu Kassim Mohamed
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.
    
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil tindakan susulan. 
     
"Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya (laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).
 
"Jika ada kes (penyelewengan), maka mereka akan membawa perkara ini kepada badan penguatkuasaan undang-undang (SPRM)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom) di sini hari ini.    
    
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.  Puspakom merupakan anak syarikat milik penuh  DRB-Hicom.
    
Dalam pada itu, Abu Kassim turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung status akaun 1MDB sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.
    
Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengarahkan ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
    
Najib berkata, Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya.
    
Perdana menteri juga berikrar bahawa sekiranya terbukti ada sebarang salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang.

sh

1 ulasan:

  1. soalan untuk SPRM..anda tahu ke akaun.......setahu kami ada yang mati semasa anda siasat orang...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...