Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 23, 2015

AWASI!! PERANGKAP HUDUD

 

HUDUD adalah satu undang-undang yang Allah turunkan kepada kita umat-umat Islam, sebagaimana Allah perintahkan berbagai lagi ibadat yang lain seperti yang terkandung di dalam Rukun Islam yang Lima Perkara itu. Bezanya, Hudud tidak disebut di dalam Rukun Islam seperti Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sembahyang 5 Waktu, Berpuasa di Bulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat dan Menunaikan Haji (jika mampu).

Walaupun ianya tidak disebut di dalam Rukun Islam, namun ianya wajib dilaksanakan oleh pemerintah atau yang berkuasa di dalam sesebuah negara, seperti juga wajibnya mendirikan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan keselamatan negara dan rakyatnya dan banyak lagi tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan.


Menentang Hukum Hudud jelas kafir sama juga seperti menidakkan kewajipan menunaikan Haji ke Mekah bagi yang mampu. Apabila Kerajaan PAS Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud di negeri berkenaan, maka timbul kontrovesi. Kita ketepikan dulu orang-orang Non Muslim yang tidak menyokong atau membantah hukum tersebut kerana tiada kewajipan pun untuk mereka menyokong atau menolaknya. Samada mereka menyokong, tidak samasekali mengubah akidah yang mereka anuti. Bagaimana pula umat-umat Islam yang tidak menyokong?

Di sini ada beberapa kategori;

1. Umat Islam yang menolak secara total hukum ini, maka rosak akidah mereka. Sama juga dengan mereka yang menidakkan hukum pergi Haji secara total.

2. Umat Islam yang tidak menyokong usul ini atas beberapa hujah dan sebab;
- Merasakan belum waktu yang sesuai untuk dilaksanakan.
- Mahu mengutamakan kewajipan lain yang masih belum terlaksana terutamanya melibatkan negara dan rakyat keseluruhannya.
- Ingin mendahulukan agenda Islam yang lain di mana agenda itu disokong kuat oleh Non Muslim seperti membasmi rasuah, menaikkan taraf hidup rakyat, meningkatkan tahap pendidikan, memulihkan sistem kehakiman, meningkatkan tahap ekonomi, melaksanakan Maqasid Syariah sebagai permulaan dan banyak lagi kewajipan Islam yang mesti diperjuangkan.
- Menangguhkan perlaksanaan Hukum Hudud sehingga rakyat memahami secara berperingkat-peringkat melalui pendidikan.
- Mendapatkan kuasa memerintah di Pusat terlebih dahulu bagi memudahkan usaha memperkenalkan hukum Hudud di kalangan rakyat sebelum dilaksanakan.
- Menyedari tiada keikhlasan dari pihak pemerintah yang mana diketahui mereka hanya mahu mempergunakan hukum Allah ini bagi kepentingan politik mereka untuk memecahbelahkan Pembangkang.

 Dan, banyak lagi sebab musabab mereka tidak menyokong Hukum Hudud diusulkan sekarang dan sebab musabab itu mestilah berdasarkan kepentingan Islam juga bukan alasan kosong semata-mata.

Maka, tidak wajar mereka ini dicop pementang hukum Hudud dan mengkafirkan mereka.

Jika adik kita mahu menunaikan Haji ke Mekah, di dalam masa yang sama kita lihat rumah mereka dan adik beradik mereka pun musnah akibat banjir dan tidak didirikan, menetap di khemah sementara sahaja, maka kita memberitahu adik kita 'tangguh'kan dulu ke Mekah.

Utamakan keluarga yang sedang susah dan kehidupan mereka yang tidak sempurna itu. Adakah kita menasihatinya sedemikian dianggap menentang ibadat Haji yang diwajibkan? Terlalu banyak nas dan dalil yang dibawa oleh Ulamak Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi yang tidak menekankan keutamaan Hukum Hudud ini. Bahkan, Presiden PAS satu ketika pernah menyebut "Hudud bukan keutamaan PAS".

 Sehubungan itu, berhati-hatilah dengan perangkap ini. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. Musuh berjaya ke atas kita, kita pula kehilangan rakan.


http://wfauzdin.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...