Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 12, 2015

Dakwah : Pas minta kerajaan bendung program cemar maruah Islam

Pas
 
SHAH ALAM - Jabatan Alimat Dewan Ulamak Pas Pusat, menggesa kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam ke lembah penghinaan yang tidak disukai ALLAH.
 
Ketuanya, Mastura Ismail berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi telah  memberi isyarat kepada pemerintahnya agar menyekat budaya hiburan yang tidak menepati syariat.

“Kami menyeru kepada semua pihak khususnya kepada pihak kerajaan agar menggunakan kuasa yang dianugerahkan oleh ALLAH untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia ke lembah penghinaan.
 
“…sekaligus agar masyarakat kembali kepada cara hidup Islam yang lengkap dan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden memalukan di mana remaja muslimah dipeluk dan dicium dalam satu konsert k-pop Korea B1A4 Kuala Lumpur pada 10 Januari 2015 lalu.
 
Mengulas lanjut, Mastura berkata, pihaknya memandang serius akan perkara ini, kerana dibimbangi mengundang bala ALLAH.
 
“Sebagai muslimah dan ibu kepada para remaja Jabatan 'Alimat DUPP memandang serius terhadap gejala keruntuhan akhlak remaja muslimah kini dan dibimbangi ia mengundang kemurkaan ALLAH  yg lebih besar lagi,” katanya.
 
sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...