Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Januari 13, 2015

Allahu Akbar!! : PAS sokong penahanan peguam Eric Paulsen

 
 
KUALA LUMPUR, 13 Januari: PAS menyifatkan penahanan seorang peguam yang dilaporkan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi ekstremisme sebagai satu tindakan wajar.
 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menarik perhatian bahawa tidak patut bagi seseorang mempersoalkan ibadah bagi mana-mana agama yang seterusnya boleh mengeruhkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
 
“Kalau ada khutbah yang menjurus kepada ektremisme…sila perincikan, khutbah bila, tajuk apa,” katanya kepada sidang media ketika diminta mengulas penahanan peguam itu malam tadi.
Peguam itu dilaporkan mendakwa melalui akaun twitternya kononnya Jakim menyebarkan fahaman ekstremis setiap hari Jumaat.
 

Mahfuz bagaimanapun berkata, elok perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS (DPPM) semalam turut mendesak peguam terbabit yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen meminta maaf kepada seluruh umat Islam yang terguris dengan kenyataan kontroversi itu.
 
Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Eric mesti menjelaskan maksud sebahagian kenyataan beliau yang berbunyi: ‘Jakim mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat’.
“Sekiranya beliau maksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat Islam keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau semalam.
 
trp

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...