Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 11, 2014

PRESIDEN PAS : DESAK KERAJAAN TOLAK ROH UNDANG-UNDANG SEKULAR KAFIR.

http://biz-55.webs.com/ 

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan kerangka perlembagaan negara ini daripada ditafsir oleh Suruhanjaya Reid.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran negara ini adalah kerana mengikut penafsiran suruhanjaya tersebut yang disifatkannya 'tiada roh' agama di dalamnya.

"Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang menafsirkan perlembagaan Islam agama persekutuan.

"Kita mesti menafsir Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri dan bebas dari kepompong takrif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjadikan Islam agama yang sempurna yang lengkap dan boleh menyelesaikan masalah," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, peringkat Jawatankuasa  di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden PAS berkata, pengaruh Islam sebenarnya banyak diadaptasi oleh negara-negara barat khususnya British melalui orientalis.

Ia termasuk soal pentadbiran, kehakiman dan sistem demokrasi.

"Cumanya British ni tidak ada roh, tidak ada perhitungan dosa dan pahala. Jadi kita masukkan sahaja perhitungan ini dalam sistem pentadbiran kita.

"Ini peranan Jakim dan badan islam di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian dengan serius," katanya.

Beliau turut memberi contoh, masalah undang-undang negara yang gagal mengatasi masalah jenayah sekalipun hukuman yang dikenakan adalah berat.

"Walaupun hukuman sangat keras, bunuh, sebat...puncanya tak ada roh. Ini perbezaan undang-undang Syariat Islam dengan undang-undang barat.

"Syariat Islam ada roh, aspek spritual. Walaupun hukuman dianggap tidak keras, sebatan tidak memecahkan kulit, tidak mencederakan badan, tetapi (dibuat) dikhalayak ramai, boleh memalukan pelaku, memberi pengajaran kepada orang lain," katanya.

Pembangunan modal insan

Dalam pada itu, beliau juga mahu kerajaan memberi lebih tumpuan kepada pembinaan modal insan, dan bukan kepada mencapai status pendapatan tinggi semata-mata.

Menurutnya, kejayaan mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi tidak menjamin kestabilannya jika gagal membina modal insan yang baik.

"Tak dinafikan perlu pendapatan tinggi , tetapi tanpa pembangunan insan yang cukup akan membawa kecanggungan dan akan belaku kesilapan-kesilapan yang boleh meruntuhkan pembangunan yang ditegakkan dan akan berlaku yang dikejar tak dapat, yang ada keciciran," katanya lagi.

Beliau turut membawa beberapa contoh kerajaan yang hebat seperti kaum 'Ad, kaum Thamud, dan Firaun.

Namun kesemuanya runtuh akibat sikap melampau pemerintah ekoran lemahnya modal insan.

"Jerman dan Jepun di abad yang dahulu mencapai kemajuan, tetapi ada manusia melampau mencetuskan perang dunia kedua yang bukan sahaja merossakn manusia lain bahkan meruntuhkan negara itu sendiri," katanya.

hd

1 ulasan:

  1. diantara roh kepimpinan islam ialah sedia mendengar pandangan ahli, merendah diri dan sentiasa boleh ditegur.

    diantara roh pejuang islam ialah menjaga mulut dan tingkah laku. tidak mengeluarkan label buruk pada org yg berlainan pendapat.

    diantara roh perjuangan islam ialah membawa umat mendekati iman dan mementingkan kebajikan umat dan rakyat

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...