Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, November 10, 2014

Berita Kelantan : Walaupun dinafikan peruntukan daripada kerajaan UmnoBN, Projek Untuk rakyat diterukan. MB Kelantan.

http://biz-55.webs.com/ 



TANAH MERAH: Sejak 1990 sehingga sekarang Kelantan diketepikan daripada mendapat peruntukan persekutuan bagi melaksanakan projek perumahan untuk rakyat di negeri ini.

Biar pun dinafikan mendapat mendapat kemudahan tersebut, namun ia tidak membantut usaha kerajaan negeri membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mendapat peruntukan bagi menyediakan projek rumah mampu milik kepada rakyat.

“Biar pun begitu kerajaan negeri tetap juga melaksanakan projek perumahan untuk rakyat terutamanya mereka berpendapatan rendah,” katanya pada perasmian program pecah tanah projek rumah mampu milik di Mukim Pasir Genda, dekat sini semalam. (Foto atas oleh UKMB)


Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengarah JRK negeri, Datuk Ir Syed Abdul Rahman Syed Abdullah, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Selain itu Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Nazran Muhamad, Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamad Che Muda dan wakil-wakil rakyat.

Program tersebut yang diadakan di Kampung Bukit Hangus terletak kira-kira 1 km dari simpang jalan utama di Bukit Gading ke Tanah Merah.

Biar pun keadaan jalan becak disebabkan hujan, namun penduduk kampung datang beramai-ramai memeriahkan program berkenaan. Turut diadakan persembahan dikir barat dan paluan rebana.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri turut membantu membina rumah penduduk dhaif yang mempunyai bilangan keluarga ramai melalui projek rumah dhuafat.

“Rumah dhuafat biar pun tidak banyak namun kerajaan negeri membinanya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi membantu rakyat yang tidak mampu.

“Setiap rumah yang dibina dipastikan mempunyai tiga bilik tidur bagi keselesaan anggota keluarga,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri turut memastikan setiap projek perumahan berskala besar yang dibangunkan syarikat swasta di Kelantan dipastikan membina 30 peratus daripadanya rumah mampu milik.

Abdul Fattah berkata, projek rumah mampu milik dimulakan di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan membabitkan 300 unit, kini sedang dalam pembinaan.

Selain itu lebih 100 unit akan dibina di Bunut Susu, Pasir Genda (68 unit) dan rumah berkonsep “town house” di Kampung Che Latiff pula 700 unit.

“Perumahan town house setinggi dua tingkat akan dibina di kawasan seluas 27 ekar merupakan konsep baru yang akan diperkenalkan di Kelantan.

“Pihak konsultan telah membentang konsep pembinaan rumah jenis tersebut. Kerajaan negeri merancang memulakan projek perintis itu di Kampung Che Latiff,” katanya.

hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...