Rabu, Oktober 29, 2014

Idea MP : Cadangan Baik Untuk Kerajaan Malaysia.



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan kerajaan membina Taman Tema al-Quran yang pertama di dunia.

Katanya, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat percetakan ditukar kepada cadangan membina Taman Tema Al Quran.

"Di Malaysia kita sudah ada Legoland, Taman Tema Air seperti di Sunway dan Tambun.

"Sudah sampai masanya kita membawa seluruh penduduk dunia datang ke Malaysia mempelajari al-Quran dalam bentuk Taman Tema al-Quran Malaysia," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Cadangnya, Taman Tema al-Quran ini dibahagikan kepada 114 bahagian sebagaimana jumlah surah Al Quran dan ianya akan menjadi tempat perlancongan dan pembelajaran Al quran terbesar dan satu-satunya dalam dunia.

Sebagai contoh katanya, apabila pengunjung masuk ke halaman surah Nuh, ia dapat menghayati sebuah bahtera besar, ribuan pasangan binatang dan banjir besar.

Manakala tambahnya, di halaman surah al-Humazah para pengunjung digambarkan dengan azab neraka yang membakar sampai ke hati, ditutup rapat dan diikat pada tiang-tiang yang panjang.

"Saya percaya Taman Tema Al quran Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Membawa pulangan keuntungan jutaan ringgit dan terpenting menjadi bekalan pahala buat kita semua di akhirat nanti," katanya.

Justeru beliau berpandangan taman tema ini sangat bersesuaian dalam memajukan lagi produk pelancongan Islam.

"Dan sebagai simboliknya saya mencadangkan taman tema dibangunkan di Kelantan. Saya percaya kerajaan Kelantan bersedia untuk menyediakam tanah bagi membangunkan Taman Tema Al Quran," katanya.

hd

1 ulasan:

  1. Minyak naik, macam mana ust, Dok diam je ke... gaji dapat sebagai ahli perlimen tapi ..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng