Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 17, 2014

Berita Pagi : Presiden NGO Pasma di cabar keluar dari PAS dan tubuh Parti Baru..

Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dicabar membentuk parti sendiri dan keluar dari Pas bagi membuktikan kepada rakyat, sejauh mana beliau dapat membawa pengaruh melalui penubuhan parti itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, tindakan itu lebih baik daripada mengkritik pimpinan Pas, apatah lagi mengambil sikap berselindung di sebalik Pasma, kononnya beliau sebagai ahli Pas cuba membawa aliran baru terhadap pemikiran ahli dan penyokong parti itu.

Seolah-olah tidak senang dengan Phahrolrazi, Saiful yang juga Adun Paka turut meminta pemimpin terbabit tidak menjadi seperti dedalu, yang sifatnya menumpang pada pokok lain tetapi merosakkan pokok yang ditumpangnya.

“Kita cabar dia keluar Pas, buat parti baru supaya orang boleh tengok kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama Pas tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.
“Kewujudan Pasma menyeleweng daripada NGO yang membantu Pas kerana boleh memecahbelahkan Pas,” katanya.


Sebelum ini, Pas di peringkat negeri termasuk Terengganu melarang ahlinya menyertai Pasma dan terbaharu, Pas Perak pula membuat larangan yang sama.

Majlis Syura Ulama Pas juga turut menasihatkan agar tiada ahli Pas yang menyertai sebarang aktiviti dalam badan bukan kerajaan (NGO) Pasma itu.

Pihak terlibat turut meminta Pas negeri membuat laporan bertulis kepada pihaknya dan Jawatankuasa Pas Pusat jika ada ahli parti menyertai aktiviti Pasma untuk diambil tindakan.

Saiful turut menggambarkan Phahrolrazi sebagai ‘besar kepala’ apabila enggan patuh arahan Majlis Syura Ulama, sebaliknya pemimpin Pasma itu mempertikai larangan dibuat dengan mendakwa majlis itu tiada hak buat keputusan melibatkan parti.

sh
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...