Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 10, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Pas akan hantar Calon Tempatan.

PRK Pengkalan Kubor  

KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengumumkan calonnya bagi PRK Dun Pengkalan Kubor, esok, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Beliau berkata, buat masa ini, Pas sedang membuat penelitian akhir senarai calon bagi PRK itu yang akan diadakan 25 September ini.

"Apa yang pasti, calon itu adalah anak tempatan,"  

katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.


Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, parti itu akan mengumumkan calon itu bersama-sama pimpinan parti PR di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau berkata PRK itu dijangka sengit memandangkan Pas mahu merampas semula kerusi itu daripada BN.

Namun, beliau memberi jaminan proses itu akan berlangsung dalam suasana aman dan saling menghormati.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Ahmad berkata kemelut PKR Selangor tidak memberi kesan kepada PR di Kelantan, yang disifatkan masih kukuh.

sh

2 ulasan:

  1. Suatu kesilapan apabila PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubur. Dimana penyertaan PAS bukan hanya merugikan wang dan mass rakyat, bahkan menaikan semula semangat berpuak berasaskan kepartian.
    Kerusi P.Kubur adalah kerusi UMNO, sudah 2 penggal UMNO mewakili rakyat P.K. Sebelum ini kerusi ini milik PAS sebelum diserah kpd PKR.
    Namun dalam situasi skrg, usaha pimpinan PAS untuk merapatkan diri dgn UMNO mesti diberikan keutamaan.

    BalasPadam
  2. Pas memang wajar bertanding di DUN Pkale Kubur. UMNO hanya menyusahkan orang Kelantan sahaja. UMNO takut berhadapan dengan Pas di sini. Orang-orang PAS terutama pemimpin PAS kelantan tak hingin pun merapatkan diri dengan UMNO yang tak malu muka itu. Bila UMNO tersepit cari PAS untuk bantu selesai masaalah.
    PASpantai7 adalah macai UMNO

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...