Selasa, September 09, 2014

Berita Petang : TGNA BERI NASIHAT KEPADA DAP DAN PKR



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan PKR dan DAP supaya jangan memaksa parti itu mengikut telunjuk mereka. Menurut beliau, tidak ada hak bagi mana-mana parti untuk paksa parti lain buat sesuatu, apa lagi mendesak presiden sebuah parti yang lain menarik balik kenyataannya. "Mereka tidak ada hak untuk buat begitu. Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno.

Pas adalah 'kakak yang tua' (parti yang paling lama), sudah ada dari 1951 lagi. Orang Pas ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang (parti) lain," tegasnya. Semalam, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor baharu sebagai sebab penolakan Pas terhadap pencalonan Presiden PKR itu.


Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mempersoalkan kemampuan Abdul Hadi sendiri atas kegagalan mempertahankan penguasaan Pas di Terengganu pada pilihan raya 2004 selain melantik pengganti Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika Menteri Besar Kedah itu terlantar sakit. Namun, Nik Aziz mempertahankan Abdul Hadi yang menurut beliau, tidak membuat keputusan itu bersendirian.

sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng