Ahad, Ogos 10, 2014

MB Selangor akur dipecat PKR, tidak diberi peluang yang adil

SHAH ALAM, 9 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan beliau oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan (PKR) walaupun tidak diberi peluang yang adil.
Abdul Khalid berkata, beliau akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyanpaikan perkembangan baru itu.

“Saya menerima keputusan PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan itu adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Abdul Khalid“Seperti yang saya nyatakan melalui maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang  saya cabuli,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Lembaga Disiplin tidak memberikan jawapan balas walaupun beliau sudah memohon penangguhan sesi penjelasan dengan mencadangkan tarikh yang sesuai, pada 15 Ogos ini.


“Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya.

SIDANG DEWAN UNDANGAN
“Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti.

“Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi,” katanya.

Abdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai menteri besar sehingga isu itu diselesaikan mengikut  prosedur yang betul dan mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini,” katanya.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng