Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 02, 2014

[ Kerajaan Rakyat Selangor ] umum bonus sebulan gaji

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua kakitangannya, hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

"Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

sh

1 ulasan:

  1. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...