Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 14, 2014

[ INFO PENTING ] MB hadir majlis berbuka puasa atas cadangan Sultan demi kerjasama profesional kata Exco Selangor

SHAH ALAM, 14 JULAI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong Shah Alam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima titah cadangan Sultan Selangor sendiri.

Exco Agama Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Sultan Selangor turut mencadangkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah dijadikan lokasi majlis bagi menggantikan lokasi awal yang dicadangkan sebelumnya iaitu Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16, Shah Alam.

Sallehen berkata, hal itu berikutan Sultan Selangor sentiasa mahu hubungan baik dan kerjasama secara profesional antara Kerajaan Negeri dan Pusat terus terjalin dalam memastikan pelbagai manfaat yang mampu diperoleh kerajaan serta rakyat Selangor.

sultan titah dun“Kebetulan apabila semua dah setuju, Tuanku pula menawarkan supaya program itu dibuat di Masjid Bukit Jelutong iaitu sebuah Masjid DiRaja dan masjid baginda sendiri.

“Di pihak Kerajaan Negeri, Tuanku juga mencadangkan Menteri Besar dan Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir hadir. Tidak ada kena mengena dengan jerat Umno, pro-Umno atau sebagainya seperti yang didakwa dalam akhbar.


“Dalam majlis itu, kita tidak benarkan sebarang ucapan Perdana Menteri seperti tahun lepas tetapi kedatangan beliau untuk berbuka puasa kita raikan. Sebagai Perdana Menteri tentu tidak patut kita tolak terus kedatangan beliau dan Tuanku sendiri menitahkan ada hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Pusat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, baginda menawarkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah bagi melancarkan lagi majlis kerana terdapat beberapa kerja baik pulih kebocoran sedang dijalankan dan kawasan parkir yang terhad di Masjid Jamek Raja Tun Uda.

Ketika menyentuh kronologi persiapan sebelum majlis itu diadakan, Sallehen berkata, pihaknya terlebih dahulu memanggil semua yang terbabit daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak pengurusan masjid sendiri bagi mengambilalih hak mengendalikan majlis dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

SallehenKatanya,langkah itu diambil bagi mengelakkan acara tahunan itu dicemari ucapan mengkritik Kerajaan Negeri oleh Perdana Menteri seperti yang berlaku dalam majlis berbuka puasa tahun lepas.

“Tahun lepas Perdana Menteri ada hadir Majlis Berbuka Puasa di Selangor. Ketika itu, beliau mengambil kesempatan mengkritik Kerajaan Negeri yang ketika itu pengurusan masjid berurusan terus dengan ICU tanpa melalui JAIS.

“Dalam majlis itu, Perdana Menteri datang berucap dan saya mendapat laporan daripada orang ramai yang hadir ketika itu termasuk pegawai JAIS sendiri, ucapannya agak memberi pandangan negatif kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam premis Kerajaan Negeri dan JAIS.

“Oleh kerana itu, saya panggil satu mesyuarat dan kita putuskan tidak menolak kehadiran Perdana Menteri untuk berbuka puasa tetapi premis itu adalah milik kita, yang mana kita tuan rumah. Jadi, kita yang patut mengendalikan majlis itu dan ICU hanya boleh beri peruntukan,” katanya.

Selepas ICU bersetuju menyerahkan hak mengendalikan program kepada Exco Kerajaan Negeri, beliau mengarahkan pengurusan masjid mengendalikan perjalanan majlis tanpa ada sebarang ucapan dalam atur cara majlis.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...