Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 14, 2014

[ PANAS!! ] Najib tak hormat Mahkamah Syariah

 

Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kes perebutan hak jagaan ke Mahkamah Persekutuan kerana salah seorang daripada ibu bapa bertukar agama, dilihat tidak menghormati bidang kuasa Mahkamah Syariah, kata NGO Angkatan Belia Islam Malaysia.

NGO Islam itu menegaskan saranan perdana menteri itu dianggap menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.

"Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam.

"Dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, NGO itu berkata cadangan Najib itu menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah seperti yang dijamin oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Najib dilapor meminta keluarga yang terlibat dalam tuntutan penjagaan anak supaya menggunakan Mahkamah Persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian kes mereka kerana percaya mahkamah akan menimbang untuk memberi keutamaan kepada perbicaraan kes itu.

Mengulas lanjut, NGO Islam itu menegaskan usaha perlu digembleng bagi "mengharmonikan" perbezaan amalan perundangan mahkmah sivil dan syariah perlu direalisasikan.

"Senario hari ini menunjukkan beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal terutamanya apabila kes yang melibatkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

"Abim percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya mahkamah syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke mahkamah syariah untuk mendapatkan keadilan," katanya. 


mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...