Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 10, 2014

[ Kerajaan Takut!! ] Dewan Rakyat tolak usul bahas kerugian MAS

 Mas (Malaysia Airlines)

KUALA LUMPUR - Usul tergempar untuk membahaskan kerugian dialami oleh Malaysia Airlines (MAS) pada tahun lepas, berjumlah RM1.2 bilion ditolak oleh Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed berkata usul itu tidak memenuhi keperluan bagi usul tergempar seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1).

"Kerajaan sudah mengambil tindakan untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat penerbangan itu dan jalan penyelesaian sudah diambil. Oleh kerana ia sedang disiasat, ia bukan perkara perlu disegerakan," katanya.

Usul itu dikemukakan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut), tetapi ditolak kerana ia tidak spesifik, tidak perlu disegerakan dan tidak mempunyai kepentingan awam.

Dalam usul dikemukakan pada 6 Jun, Lim memohon Dewan Rakyat membahaskan kerugian dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan itu yang merekodkan kerugian bersih RM433.4 juta pada suku pertama 2014.

Lim berkata MAS merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-yurut. "Pengurusan MAS kelihatan lemah dan tidak lagi berdaya saing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain, terutamanya selepas kehilangan MH370," katanya.

Beliau juga meminta diberikan penjelasan tentang kerugian itu dan bertanya jika kerajaan patut mengisytiharkan kebangkrapan untuk mengelakkan kerugian lebih besar yang akan membebankan pembayar cukai.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...