Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 24, 2014

[ Power!! ] Demi semangat juang, Anwar tetap berceramah dengan tangan berbalut

BUKIT GELUGOR 24 MEI: “Walaupun tangan kanan masih berbalut dan cedera, sedikit pun tidak mencederakan semangat juang saya untuk berkempen bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Ram Karpal menang dengan majoriti lebih besar,” demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana beliau malam tadi.

ampuhAnwar juga sedikitpun tidak kekok kerana terpaksa memegang mikrofon dan bersalaman dengan hadirin menggunakan tangan kiri akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan kecil 13 Mei lalu.

Sebelum itu, ketibaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam pada 9.30 malam diiring dengan bendera Pakatan Rakyat mulai pintu masuk sekolah hingga ke dewan yang penuh sesak menanti kehadiran beliau dan pimpinan Pakatan.

Anwar dalam ucapannya menyeru pengundi Parlimen Bukit Gelugor supaya tidak memandang enteng PRK ini kerana menurutnya, dengan kemenangan majoriti lebih besar mampu memberi mesej sebenar kepada kemenangan PRK di Teluk Intan 31 Mei nanti.

gelugor“Ram Karpal mesti menang bermaruah dalam PRK Bukit Gelugor 25 Mei ini bagi memberi mesej kepada Umno BN, bahawa rakyat tetap menolak kepimpinan ala samseng yang boleh menimbulkan konflik merbahaya dalam negara.
“Menang bermaruah di Bukit Gelugor akan memberi isyarat sebenar kepada penolakan BN di Teluk Intan dan juga seluruh negara,” katanya.

Turut berucap, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon DAP, Ram Karpal dan beberapa pimpinan lain.

gelugor 2Ram Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut esok.

21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal.
Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

kd

1 ulasan:

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...