Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 21, 2014

“Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip” [ Buku kartun ]

Buku baru Zunar dedah konspirasi terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 21 MEI: Kartunis Zunar tampil dengan buku kartun baru berbentuk pendedahan yang menyorot konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.

Buku cover utk websiteDengan judul “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip”, dia mengkartunkan dan mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.

“Semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah tuan-tuan politik untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka,” kata Zunar kepada Keadilan Daily.

“Semua espisod yang disampaikan dalam buku ini ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu.

P26“Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa telah mengeheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat,” kata kartunis itu lagi.

Menurut kartunis kontroversi itu lagi, buku ini diterbit bukan atas tujuan untuk mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggungjawab sebagai manusia untuk menyampaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah cara berkesan.

Pelancaran 23 Mei

“Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan, tetapi adalah sebuah tanggungjawab. Kerana itu saya harus menggunakan karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.
“Kerana itu, buku ini hanya dijual dengan harga RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarnya,” tegas beliau.

P30Buku setebal 52 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi – Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Pelancarannya akan dilakukan oleh YB Nurul Izzah, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said pada 23 Mei ini, di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Sila klik di sini untuk maklumat lengkap.

Buku ini tidak akan dijual di kedai kerana tekanan pihak berkuasa, namun pembelian secara online boleh dibuat di sini untuk BM dan di sini untuk Inggeris.

Pembelian dan maklumat juga boleh dibuat melalui nombor telefon: 03 9221 1045.

kd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...