Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mei 11, 2014

[ Anwar Ibrahim ] “Tak payah buat penilaian, Universiti kita memang terbaik dunia?”

SHAH ALAM 10 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem pendidikan tinggi universiti di negara ini memerlukan reformasi total bagi mengembalikan keupayaan institusi pendidikan membangunkan modal insan berkualiti.

Anwar berkata, seorang pensyarah di Eropah sendiri mencadangkan agar berlaku perubahan dalam sistem pendidikan di Universiti Harvard.

Anwar“Baru tadi Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kita tidak akan ambil peduli terhadap sebarang penilaian berkenaan standart kualiti universiti. Ini berbeza.

“Ini Universiti Harvard pun diminta untuk ditegur agar diperbaiki untuk cemerlang.Tetapi di Malaysia ada menteri berkata universiti di negara ini adalah yang terbaik. Ini dia masalahnya.

“Jadi kita kena cetuskan perubahan dalam pemikiran rakyat,” kata Anwar dalam Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Shah Kuala Lumpur, malam tadi.

Anwar berkata beliau menggesa mahasiswa perlu menyelami kesusahan rakyat di kawasan pinggir bandar.
“Apa makna kekayaan sesebuah negara tetapi tidak ada peningkatan pendapatan rakyat malahan pendapatan golongan kaya meningkat tetapi beban rakyat semakin meningkat,” kata Anwar.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...