Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 28, 2014

[ Saifuddin Nasution ] Isu hudud adalah perangkap Umno.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM – Sebarang perbezaan pendapat melibatkan parti dalam Pakatan Rakyat terutama berkaitan isu hudud, akan dibincangkan secara dalaman dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, cadangan Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian dalam Parlimen mengenai
hudud akan diketengahkan dalam mesyuarat majlis presiden.

“Pada 29 April ini akan adakan mesyuarat majlis presiden melibatkan perbincangan parti dalam PR.

“Dalam mesyuarat ini kita akan ketengahkan isu hudud ini dan akan cuba mencari titik penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pendirian PKR juga tetap tidak berubah selain terikat dengan keputusan mesyuarat majlis presiden yang telah diadakan Disember 2011 yang lalu.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pemimpin dalam PR bahawa isu hudud adalah perangkap Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam pakatan politik PR.

“Umno akan menjadi pihak paling untung dari segi politik jika PR berpecah.

“Jalan untuk memecahkan kesepaduan PR ialah dengan menghebahkan perbezaan pendapat mengenai hudud, Umno cuma menyatakan mereka menyokong hudud tetapi hakikat mereka tidak pernah setuju dengan hudud," katanya

Tambahnya lagi, tindakan Umno ini adalah hanya sekadar perangkap politik selain bertujuan mengaburi mata masyarakat.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...