Panas!! Sidang Dun Selangor kecoh: Bangkit kes liwat Anwar Ibrahim

Ng Swee Lim  
SHAH ALAM - Sidang Dun Selangor kecoh seketika apabila wakil PR dan BN bertengkar berhubung integriti mahkamah dan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng Swee Lim (DAP-Sekinchan) dalam perbahasan menjunjung titah Sultan Selangor mengkritik ketelusan sistem kehakiman negara terutamanya melibatkan kes liwat Anwar yang didakwa terdapat campur tangan pihak berkepentingan.

Dalam perbahasan itu, Swee Lim mengaitkan BN dengan saman sekumpulan ibu tunggal terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan manifesto pilihan raya.

Mahkamah menolak saman itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu.

Kritikan ini mendorong tiga wakil BN, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias (BN-Sg Burong) bangkit membantah.

Turut bangkit untuk mencelah Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) dan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil).

Mat Nadzari mempersoalkan sama ada Swee Lim dan PR mengakui ketelusan sistem kehakiman negara berikutan keputusan mahkamah membuang kes saman ibu tunggal tersebut.

Menjawab persoalan itu, Swee Lim mendakwa, terdapat kes-kes tertentu yang mempunyai campur tangan kerajaan membawa kepada tarikh kes dipercepatkan secara luar biasa seperti kes liwat membabitkan Anwar.

Shamsuddin seterusnya bangkit membantah jawapan Swee Lim dan mendakwa kes itu dilewatkan oleh Anwar sendiri yang telah lebih 60 kali memohon tundaan perbicaraan sejak 2009.

"Ini sindrom pembangkang. Bila mahkamah sebelahi mereka, ini baik. Bila tidak, macam-macam mereka kata," balas Shamsuddin.

sh
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
8 April 2014 7:23 PTG delete

Siapa pembangkang di Selangor? >> UMNO-BN!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes