Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 24, 2014

[ PANAS!! ] "Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA," kata Anwar.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.

Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya tidak menemuinya apabila presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk bincang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA," kata
Anwar.


TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura dan Vietnam.

Sambil menegaskan sokongan Pakatan Rakyat terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika, Anwar berkata: "Kami menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetapi kami tidak bersetuju dan tidak menyokong TPPA." .

"Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .

"Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan," kata Anwar, sambil mendakwa bahawa Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.

Mengenai lawatan Obama ke Malaysia, Anwar berkata: "Kedutaan AS di Kuala Lumpur menjelaskan kepada saya bahawa Obama tidak akan bertemu dengan pemimpin pembangkang apabila beliau turut melawat Filipina , Korea dan Jepun.

"Tetapi kedutaan mencadangkan saya bertemu Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Susan Rice, yang akan mengiringi presiden dalam lawatan ke Malaysia," kata Anwar dalam sidang media petang semalam.

Katanya, beliau akan mengesahkan dengan Kedutaan Amerika
kemudian dan akan mencadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) dan beberapa pemimpin PAS juga dijemput untuk bertemu dengannya.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia telah menyatakan minat untuk bertemu dengan beliau, berkaitan pemahaman mereka bahawa beliau akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

"Mereka telah menyatakan kebimbangan tentang saya akan dipenjarakan, dan apabila saya berada di London baru-baru ini, dalam satu majlis makan malam dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dan pemimpin dunia yang lain, mereka juga mencadangkan agar saya menetap di London dan tidak kembali ke Malaysia kerana saya boleh dipenjaraksn.

"Mereka tahu bahawa Najib akan menggunakan mahkamah untuk memanjarakan saya. Malah beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi menambah hukuman lima tahun penjara ke atas saya.

"Malah seorang menteri kabinet British, yang bersarapan dengan saya pagi Rabu lalu, cuba memujuk saya supaya menetap di London.

"Saya memberitahunya bahawa saya tidak akan lari kerana saya percaya Tuhan akan memberi keadilan kepada saya," katanya.



mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...