Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, April 08, 2014

KEMENTERIAN KENA TEGUR.. PANAS!!!!1MALAYSIA

LKAN 2013: Projek empangan lewat, kementerian bayar lebih

KUALA LUMPUR 7 APRIL: Laporan Ketua Audit Negara 2013 (LKAN) mendedahkan projek Empangan Paya Peda di Besut Terengganu  yang tidak memuaskan dan hanya siap 65.2 peratus berbanding jadual asal.

Audit mendapati, projek yang bermula 1 Jun 2010 hingga 30 November 2013 itu memakan masa terlalu lama disebabkan kontraktor gagal menepati terma kontrak ditetapkan.

Laporan itu juga mendedahkan projek di bawah Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani itu mungkin diserahkan kepada kontraktor tidak berpengalaman.

Kementerian itu melantik syarikat JAKS Resources Berhad dan Pembinaan Sujaman Sdn Bhd secara usaha sama melalui surat kelulusan bertarikh 12 September 2008. Manakala Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd dilantik sebagai perunding projek
Kelewatan didapati berpunca daripada tindakan kontraktor mengurangkan bilangan jentera dan pelantikan subkontraktor tanpa kebenaran.

Dalam laporan itu, ketua audit negara turut menegur kementerian kerana membuat bayaran berlebihan sebanyak lebih RM500,000 kepada sebuah syarikat juruukur tanah.

Katanya, kelewatan boleh dielak jika kontraktor berpengalaman dan berpengetahuan dilantik bagi melaksanakan projek seperti dirancang.

Empangan Paya Peda mula dicadangkan pada 1995 dan dilaksana bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membekal 1,120 juta liter air sehari kegunaan isi rumah, pertanian dan pembangunan di daerah itu.

Projek untuk Skim Pengairan Besut di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara itu juga dirancang sebagai struktur kawalan risiko banjir di hilir Sungai Besut.

KeadilanDaily

1 ulasan:

  1. Senarai baru. Senarai yang dulu2 tah ape jadi. Tindakan???? Nampak sangat sistem pemerintahan stail kedai kopi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...