Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 30, 2014

[ Alhamdulillah ] Kenyataan TGNA berkaitan Isu Hudud..

   
Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berasa gembira dan hatinya cukup tenang susulan perkembangan semasa berkaitan undang-undang hudud di negeri itu.

“Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni... Banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah, masyarakat juga menerima dengan baik,” katanya seperti dilapor Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Kunjungan itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi mursyidul am PAS itu di rumahnya di Pulau Melaka kelmarin.

Laporan portal berita PAS itu juga menyebut Nik Aziz berkata perdana menteri dahulu begitu bersungguh-sungguh menentang pelaksanaan hudud di pantai timur itu, apabila Dr Mahathir Mohamad ketika itu menghantar surat amaran kepada beliau.

Surat itu antara lain menyatakan kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.

“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada Perdana Menteri,” katanya.

Laporan itu turut menyebut, Nik Aziz juga menyokong cadangan mewujudkan jawatankuasa teknikal melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang perundangan Islam dan ia turut disokong  Dewan Ulama PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Dr Asraf Wajdi yang ditemui berkata, tidak salah Kelantan menjadi negeri perintis pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II ketika kerajaan BN yang didakwanya lebih terbuka sekarang.
 
mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...