Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Februari 28, 2014

Musuh sebenar Anwar di Kajang dari PKR, Pakatan bukan BN, kata Kit Siang


Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar).
Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.
Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.
Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

"Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali  seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya," katanya.
Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar.

Manakala bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

Sejak pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi bekenaan, beliau dikhabarkan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

Manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 23 Mac depan. – 28 Februari, 2014.

TMI

Isu Saman Hadi: Anwar bakal umum keputusan PKR



KUALA TERENGGANU – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai PKR Terengganu berhubung isu saman yang diambil bekas calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu semalam, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta Pas Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Ahad lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Ketika ditanya kenapa baru sekarang PKR Terengganu mengambil inisiatif mencapai kata sepakat berhubung isu saman terhadap Abdul Hadi, Azan menjelaskan baik di peringkat negeri atau Pusat, PKR melihat perkara tersebut sebagai tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.

Tanpa campur tangan parti katanya, PKR turut membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan autokrasi dalam pengurusan parti, sebaliknya menghormati pandangan pendirian peribadi ahli dalam isu mahkamah tersebut.

Tidak menolak bahawa PKR Terengganu patut mengambil tindakan lebih awal, Azan bagaimanapun percaya pengumuman tersebut kelak akan memperkuatkan pengukuhan kerjasama dalam PR di setiap peringkat terutama Terengganu.

“Kedua-dua pihak juga (Pas dan PKR) menganggap kedudukan ini sama (berlandaskan peribadi) maka setelah berlakunya pengisytiharan (penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi) beberapa hari lepas, kita merasakan perkara ini patut kita uruskan dari awal,” katanya.

Sementara itu, Azan turut melihat isu tersebut tidak akan sesekali memberi kesan kepada PRK Dun Kajang ataupun mempengaruhi kedudukan calon PKR di kerusi N25 itu. sh

Khamis, Februari 27, 2014

Anwar Ibrahim buat kemunculan semula ke Jepun


 SHAH ALAM - Selepas niat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki Jepun pada 19 Januari lalu terhalang, beliau pada hari ini bagaimanapun telah selamat sampai ke negara tersebut.

Menurutnya, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

"Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi.

"...acara di Jepun padat dengan jemputan syarahan serta pertemuan dengan pihak media," tulis Anwar di laman Facebooknya.

Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia.

Anwar hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon,Tan Sri Yohei Sasakawa. sh

Isu Saman Hadi: Keluarga tetap berkeras, kata Anwar


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

"Pimpinan telah nasihat dulu.

"Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.

"Kita sedang usahakan," katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu. sh

Rabu, Februari 26, 2014

Meet Anwar Negeri Sembilan di Seremban, Ahad ini...Jom pakat Serbu!!!!!!!

MeetAnwar_Neg9

KUALA LUMPUR 26 FEB: Anwar Ibrahim Club (AIC) akan mengadakan program ‘Meet Anwar Negeri Sembilan’ pada hari Ahad, 2 Mac ini bertempat di Seremban.

Program yang akan diadakan di Plum Hall, The Royale Bintang Hotel, Seremban terhad kepada 200 peserta dan bermula pada jam 3 petang.

Mereka yang berminat boleh berdaftar di www.anwaribrahimclub.com atau emel ke aic.msia@gmail.com.
Sebarang maklumat lanjut berhubung program digalakkan menghubungi sekretariat program di talian 012-2294064

KeadilanDaily

Saifuddin Nasution Ismail jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional. mk

Selasa, Februari 25, 2014

Beza saya dengan Zaid Ibrahim, dia pernah ‘jilat’ Anwar - Pengarah Umcedel



Datuk Zaid Ibrahim tidak memberikan fakta yang betul dalam menafikan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Redzuan berkata, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.
“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah.

“Anwar pun tak tahu kami buat kajian tentang Kajang dan bakal menteri besar Selangor. Semua soalan kami sediakan sendiri,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Semalam, Zaid mempertikaikan kajian Umcedel dengan mengatakan Anwar mempunyai pengaruh dalam kajian badan itu berkaitan PRK DUN Kajang yang menghasilkan dapatan positif kepadanya.

Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

“Beza saya dengan orang lain, saya bersangka baik dengan semua orang tidak kira Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Anwar.
“Saya tidak pernah hina Anwar, kalau saya hina mungkin sudah jadi timbalan menteri sekarang,” kata Redzuan sambil tertawa.

PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya dijadualkan pada 11 Mac selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.
Peletakan Anwar sebagai calon DUN Kajang dikatakan untuk meredakan ketegangan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dalam kajian yang dibentangkan minggu lalu, Redzuan berkata, pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukan pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).

Katanya, pengundi di Kajang juga melihat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian mencalarkan reputasi suruhanjaya itu apabila 48% responden mengakuinya dengan sokongan pecahan Cina (57%), India (42%) dan Melayu 41%.

Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid yang juga bekas ahli PKR berkata, Anwar dan Redzuan seangkatan dalam Abim.
"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Abim,” kata Zaid dalam blognya.

Mengulas kenyataan menteri besar Selangor yang tidak bersetuju dengan kajian Umcedel berhubung sokongan pengundi Kajang terhadap Anwar sebagai menteri besar Selangor, Redzuan berkata: “Khalid mungkin tidak faham metodologi kajian, 59% bukanlah angka yang besar, lainlah 80%.” – 25 Februari, 2014.

TheMalaysiaInsider.

Isnin, Februari 24, 2014

Ceramah Anwar Ibrahim di Skudai, Johor malam ini... Jom Serbu!!!!

24_Feb - Copy (2)

JOHOR BAHRU 24 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato di program ceramah ‘Malam Amal Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat’ di Pejabat Pas Gelang Patah, Taman Universiti, Skudai jam 8 malam ini.

Turut dijangka hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP yang juga ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Terdahulu, Anwar menghadiri mesyuarat bersama pimpinan Pakata Rakyat negeri Johor di Taman Tropika, Kulai petang ini.

Penduduk Johor Bahru dan daerah sekitar dialu-alukan hadir.

KeadilanDaily

Liow, jangan cakap macam KP Umno - Anwar Ibrahim


 
Calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana menyerangnya dengan mendakwa ketua pembangkang itu 'dalang' utama Operasi Lalang sedangkan beliau tidak menyerang pemimpin MCA itu.

Dalam ceramahnya di Taman Damai Jaya, Cheras semalam Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata Liow tidak perlu bercakap macam "ketua Pemuda Umno" dengan melakukan serangan itu.

"Sebab dia tak berani tegur (Tun) Dr Mahathir, menteri dalam negeri adalah Dr Mahathir, perdana menteri pun Dr Mahathir.

"Tidak berani 'sentuh' Mahathir, semua serang saya. Kempen baik-baik sudahlah, buat apa kamu (jadi) presiden MCA cakap macam ketua Pemuda Umno, tak payahlah," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.

Pada 14 Februari lalu, Liow mendakwa Anwar 'dalang' utama Operasi Lalang, yang menyaksikan kira-kira 108 pemimpin pelbagai parti politik ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akhbar ditarik permit penerbitan.

Dalam ceramahnya juga, Anwar yang juga ketua umum PKR mahu bersaing secara baik dengan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dalam pillihan raya kecil DUN itu 23 Mac depan

Tak maki, cerca

Dalam komen pertama Anwar terhadap lawannya itu, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu kempen dijalankan baik tanpa maki hamun dan cerca-mencerca antara satu sama lain.

"Saya ucap tahniah kepada dia kerana diangkat sebagai calon MCA dan kita boleh bersaing secara baik.

"Tak payah maki hamun tak guna, jadi tak apa bila MCA pilih dia. Kita lawan dengan baik dalam pilihan raya," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Chew yang melepaskan jawatan ketua Wanita MCA pada 2010, diumumkan sebagai calon BN bagi menentang Anwar 23 Mac depan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu.

Chew juga melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri selepas berjanji untuk berbuat demikian sekiranya Datuk Seri Chua Soi Lek menjadi presiden parti, ekoran skandal seksnya.

Beliau kemudiannya terpilih semula sebagai naib presiden MCA selepas Chua melepaskan jawatannya tahun lalu. mk

Sabtu, Februari 22, 2014

Mei Fun Lwan Anwar Ibrahim di Kajang



BN akan meletakkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mesyuarat parti komponen BN, tengah hari ini.

PKR telah mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) akan bertanding di Kajang.

Selain Anwar dan Mei Fun, Datuk Zaid Ibrahim dan Senator Nallakaruppan juga telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetap tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac. mk

 Berita penuh sini

Jumaat, Februari 21, 2014

Pengalaman, cara tadbir Anwar yakinkan penduduk Kajang

n25_kajang

KAJANG 21 FEB : Rata-rata penduduk yang ditemui Keadilandaily.com yakin dengan perubahan dan cara pentabiran yang bakal dibawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya kecil N25 Kajang

Ainun Khairiah Jaafar, 46 ketiika ditemui menyatakanm sangat terasa dengan kenaikan kos sara hidup berkata rakyat sukar untuk menampung perbelanjaan harian dengan pendapatan rendah.

Ainun Khairiah Jaafar
Ainun Khairiah Jaafar

“Kalau tanya, saya memang yakin dengan pentadbiran Anwar,” kata AInun kepada Keadilandaily.
Katanya, PRK Kajang adalah masa untuk rakyat Malaysia menyatakan pendirian berhubung dasar dan janji Umno-BN sebelu pilihan raya umum ke-13.

“Kita tengok kerajaan tak menjaga kebajikan rakyat. Harga barang naik, kita semua susah. Penduduk di sini memang sokong kehadiran Anwar sebagai calon PRK Kajang,” katanya.

Norjiah Sadan
Norjiah Sadan

Sementara itu, kepimpinan Anwar mengagumkan Norjiah Sadan, 52, semenjak mengenali tokoh itu dari bangku sekolah.

Kata Norijah, Anwar dilihat lebih mementingkan hak rakyat dan belaku adil kepada semua bangsa.
“Setuju sangat sebab nak tawan Putrajaya.

“Itu matlamat kita lepas ni. InsyaAllah kalau menang memang bonus untuk Pakatan Rakyat,
“Walaupun saya ahli Pas, tapi saya tetap menyokong Datuk Seri Anwar sebagai calon untuk pilihan raya kecil di Kajang ni,” katanya.

Abdullah bin MuhamadDalam pada itu, kata Abdullah Muhamad, 59, pengalaman Anwar sebagai Menteri Pertanian, Menteri Belia & Sukan, Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan mampu menambahbaik pentadbiran di Kajang secara khusus dan Selangor secara amnya.

“Kita nak kan kerajaan yang bersih dari rasuah, tidak menindas dan tidak makan duit rakyat,
“Saya yakin dia mampu bawa perubahan di Kajang,” Abdullah.


KeadilanDaily

Penduduk Kajang sokong Anwar jadi MB - Kajian

 

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menerusi kajiannya mendapati pengundi PRK Dun Kajang menyambut baik pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi laluan kepadanya menjadi Menteri Besar Selangor.

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, sebanyak 59 peratus pengundi di Kajang menyatakan wajar PRK tersebut diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar baru di negeri itu, manakala 17 peratus menyatakan tidak wajar dan 24 peratus adalah tidak pasti.

Menurutnya, isu yang diuar-uarkan kepada umum oleh pemimpin politik mengenai Anwar tidak layak menjadi menteri besar adalah bukan mencerminkan kehendak rakyat di kawasan tersebut.

"Kita telah lakukan kajian, selalu kita dengar di media- media Anwar tidak layak jadi menteri besar namun itu bukan kehendak rakyat Kajang.

"Kita telah bertanyakan responden kita adakah PRK Kajang wajar diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

"Kita dapati rakyat yang juga pengundi Kajang menyatakan Ya tidak kira sama ada Melayu, Cina atau pun India. Ini jelas yang tidak mahukan Anwar menjadi pemerintah di negeri itu bukan pengundi di Kajang," katanya pada sidang media, hari ini.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Anwar Yang juga Ketua Pembangkang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi menteri besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Redzuan juga berkata, dalam kajiannya mendapati pengundi dia Dun Kajang bersetuju wajar PRK diadakan dan bukan satu pembaziran.

"Kita telah lakukan survey secara bersemuka dengan pengundi Kajang seramai 576 responden.

"Kita pergi sampai daerah mengundi di Kajang, sebanyak 56 peratus patut diadakan dan hanya 32 peratus yang menyatakan tidak wajar.

"Saya juga ada telah berjumpa dengan pengundi di Kajang, mereka semua cakap PRK adalah satu rahmat kepada mereka," katanya lagi.

Survey diadakan dua hari iaitu pada 14 dan 15 Februari. sh

Khamis, Februari 20, 2014

Jangan terikut kempen kasar BN - Anwar Ibrahim

dsai_sg_sekamat

KAJANG 20 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan jentera Pakatan Rakyat tidak terikut-kut dengan kelakuan kasar yang dilakukan petugas Umno-BN sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN N25 Kajang.

“Jangan terbawa-bawa dengan kempen kasar yang dilakukan Umno-BN,” kata Anwar kepada kira-kira 200 petugas pada pelancaran jentera Daerah Mengundi Sg Sekamat, malam tadi.
“Kita hanya menampilkan akhlak kesungguhan kerja yang lebih. Kerana ada program yang lebih utama dan tugas kita adalah untuk membantu.

“Anak muda jangan ikut cara yang biadap. Kita kena ada kesabaran, harga diri dan maruah untuk pertahan,” kata Anwar yang mengesyorkan kempen dilakukan dengan semangat dakwah.

“Dakwah ini penyampaian. Kesempatan berpolitik tak boleh lari dari semangat yang sama,” katanya.
Dalam pada itu kata Anwar, serangan setiap hari yang menuduhnya tidak layak menjadi Adun Kajang sehingga terpaksa membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutunya Tun Daim Zainuddin bukti ketakutan lingkaran kroni Umno-BN itu.

“Yang takut sangat sebab apa. Takut betul. Hari-hari hentam kita,” katanya.
Tambah Anwar, PRK Kajang bukannya medan untuk merebut ‘ghanimah‘ (harta rampasan perang) sebaliknya berperanan meningkatkan prestasi ekonomi dan pentadbiran negeri.

“Kita akan guna kekuatan Pas, DAP dan KEADILAN sebagai model. Jangan mudah berpuas hati. Boleh dpertingkat lebih baik.

“Isu ekonomi dan khidmat kepada masyarakat. Kalau kita jadi negeri maju, dengan sendirinya terjawab semua.
“Tamatlah sejarah Umno-BN di seluruh negara,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

KeadilanDaily

“Siapa takut, Anwar atau Mahathir???

anwar_mahathir

Langkah Kajang yang dicanang-canang sebagai langkah sumbang Parti Keadilan Rakyat oleh Umno dan Barisan Nasional, nyata hanyalah omongan yang sebenarnya mengoncangkan perikatan yang memerintah kerajaan itu. Semalam, orang ‘nombor satu’ Umno Barisan Nasional Tun Dr. Mahathir menggambarkan ‘ketakutan’ beliau sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor kerana ini akan menyerlahkan kewibawaan dan kepintaran bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mahathir yang menunjangi kerajaaan ketika zaman ledakan Reformasi, menyedari kekuatan dan keupayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang boleh mematahkan plot politik Umno Barisan Nasional dan mereka hilang punca dengan strategi terkini politik yang bakal menjadi batu asas kepada kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Strategi politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan kembali membuka ruang kepada rakyat terutamanya generasi muda untuk mengenali sosok dan kebolehan serta kemampuan pemimpin ini. Rekod cemerlang terutamanya ketika mengemudi Kementerian Kewangan daripada 1991-1998, yang disebut era emas kewangan Malaysia adalah sesuatu yang Mahathir tidak mahu berulang kembali di Selangor, seterusnya menjadi kayu ukur Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.

Mahathir takut provokasi-provokasi keagamaan dan peerkauman yang sengaja diwujudkan oleh Umno Barisan Nasional kebelakangan ini akan tenggelam dan terpadam dengan penghargaan dan kefahaman rakyat tentang demokrasi yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim. Ditakdirkan Anwar Ibrahim menang di Kajang, dan seterusnya menjawat kerusi Menteri Besar Selangor seperti yang diramalkan oleh Mahathir, maka segala rancangan sulit Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor Darul Ehsan melalui pintu belakang akan menemui jalan buntu.

Mahathir Mohamad Tetap Akui Kehebatan Anwar Ibrahim

Dalam memperkatakan perkara-perkara buruk berkaitan Fitnah Liwat II dan sebagainya , Tun Mahathir adalah individu yang sebenarnya cukup mengetahui bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim pasti akan menang di Dun Kajang dan seterusnya mendaki hierarki politik sekali lagi. Kenyataan Mahathir bahawa calon-calon lain akan hilang deposit, jelas menggambarkan Mahathir mengakui Anwar Ibrahim telah cukup bersedia sebelum turun bertanding di Kajang.

Mahathir Mohamad secara terbuka juga menegaskan bahawa Barisan Nasional harus bertanding di Dun Kajang, tanpa mengira komponen mana yang menghantar calon. Tindak tanduk Mahathir ini sebagai satu respon ketakutan yang luar biasa dan jelas memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno Barisan Nasional yang mungkin berkira-kira untuk tidak menghantar calon seperti pengamatan beberapa analisis politik tempatan.

Jelas, ketakutan yang Mahathir Mohamad sedang lalui bukanlah ketakutan yang biasa-biasa. Beliau mempunyai asas yang kuat untuk menjadi gentar dan takut serta telah memulakan gendang perang untuk menghalang kemaraan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tepuk dada tanya selera.
Siapa takut? Anwar atau Mahathir?

KeadilanDaily

Rabu, Februari 19, 2014

Kerjasama erat Pas & DAP bantu kempen PRK Kajang – Anwar Ibrahim

Pakatan_Rakyat

KUALA LUMPUR 19 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pas, DAP dan KEADILAN bekerjasama erat dalam menghadapi pilihan aya kecil N25 DUN Kajang, bermula dari pemilihan calon sehinggalah ke peringkat gerak kerja jentera pilihanraya.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat Malaysia secara umum dan pengundi DUN Kajang.secara khusus supaya berhati-hari dengan permainan media arus perdana yang ditunggangi Umno-yang memanipulasi pelbagai isu.

“Sebab Umno memanglah kamu tengok macam histeria sekarang ini. Saya juga dapat maklumat tentang kemungkinan Umno-BN masuk (berkempen) dengan strategi yang mengejutkan dan sebagainya
“Oleh itu ada percubaan dalam media untuk melaga-lagakan. Saya tidak fikir ia menjejaskan kerana hubungan kerja kita (Pakatan) seperti biasa.

Rakyat“Selang sehari sekurangnya saya ke sana (Kajang). Saya tengok, semalam (18 Februari) jentera DAP, Pas dan KEADILAN, penuh,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Beliau berkata demikian ketiika ditanya pemberita mengenai tindakan media pro kerajaan Umno-BN sekarang ini yang giat berkempen untuk memfitnah dan memburukkan Anwar.
Kata Anwar tiada alasan untuk meragui atau mempertikai komitmen rakan KEADILAN iaitu Pas dan DAP daripada peringkat akar umbi.

“Dokongan menyeluruh. Ini kenyataan daripada pengarah pilihan raya Pas Pusat sehinggalah di kawasan dan Ranting (KEADILAN).

“Kalau tidak serius (berkempen), RTM dan TV3 dua puluh minit setiap malam. Itu seriuslah,” seoroh Anwar.
DSAIBeliau bagaimanapun hairan dengan sikap Polis yang seolah-olah atas arahan Menteri BN kerana bertindak membuka tiga kertas siasatan sebelum ini kononnya Anwar melakukan kesalahan.

Sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataannya berkata, Anwar melakukan kesalahan kerana berkempen awal berkempen awal sebelum penamaan calon.

“Mereka (RTM dan TV3) sudah berkempen. Menteri-menteri dah turun. Tapi SPR hanya nampak Anwar Ibrahim sahaja.

“Menteri-menteri lain, dia (SPR) tak nampak? soal Anwar.

KeadilanDaily

Selasa, Februari 18, 2014

Anwar: Khutbah Jumaat wajar berperanan reda ketegangan

dsai_prk_kajang

KAJANG 18 FEB: Khutbah Jumaat sewajarnya menjadi institusi penting rujukan, medium dakwah selain meredakan ketegangan dan mendidik umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dewasa ini.

Dalam ceramah di Padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan malam tadi Anwar berkata, teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 14 Februari melegakan, selepas agak tegang dengan insiden provokasi agama yang cuba dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.
“Khutbah JAIS baru-baru ini agak melegakan,” kata Anwar mengulas bacaan khatib ketika beliau berjemaah di Masjid Jamek Sg Sekamat, minggu lalu.

“Setiap mimbar Jumaat mengingatkan kita umat Islam tentang keadilan…dan mesej keadilan itu bukan hanya perlu berlaku adil kepada orang Melayu, kerana keadilan dan rahmat itu untuk sekalian alam.
AnwarIbrahim“Keadilan ini bukannya mengikut takrif Menteri Dalam Negeri yang bertentangan dengan amalan Islam,” kata Anwar dihadapan kira-kira 300 hadirin.

“Dalam tradisi Islam tak boleh menghina warna kulit atau menggelar orang dengan pelbagai nama. Kita mesti tolak amalan yang merugikan umat.
“Pengucapan tidak ada makna sekiranya tidak ada penghayatan,” kata Anwar.

Justeru Selangor sebagai pusat keilmuan Islam penting di negara ini berperanan mengangkat martabat melalui program-program pendidikan, sahsiah dan pengupayaan ummah.

“Sebab itu perlu dilakukan sesuatu untuk menarik minat anak-anak muda. Penyebaran (ilmu), (progran (kesedaran.

“Orang bukan Islam juga kena faham. Apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam (provokasi) itu tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam,” tegasnya.
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar
Kanak-kanak turut mengambi peluang bersalaman dengan Anwar

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan kedudukan institusi penting negara yang menjadi tonggak perpaduan dan kestabilan terpelihara seperti yang ditunjukkan Pakatan Rakyat selepas mentadbir Selangor selama dua penggal.
“Dalam hal ini Pakatan Rakyat jelas. Kedudukan Raja-raja Melayu tidak dipertikaikan. Keudukan bahasa Melayu, saya tidak ada kompromi. Kedudukan agama Islam terpelihara,” tegas Anwar.

 http://www.keadilandaily.com/?p=59399

Saya nak kembangkan Islam di Kajang kata Anwar.



Calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mengimarah masjid antara agenda beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu pada 23 Mac depan.

 Ketua Umum PKR itu berkata demikian dalam ucapan ketika sesi "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti, Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang petang ini.

 "Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam," katanya. Katanya, tindakan itu jelas kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.

 Beliau berkata demikian juga sebagai respon terhadap beberapa kritikan yang diterima selepas menyampaikan ceramah di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang semalam. Antara kritikan terhadap adalah dalam akaun facebook pro-Umno yang meletakkan gambar beliau berdekatan dengan salib.

 Malaysiakini

Isnin, Februari 17, 2014

MCA jangan jadi hamba Umno - Anwar Ibrahim



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, tetapi sebaliknya harus berani bersuara untuk masyarakat Cina. Beliau membuat gesaan itu di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kajang malam tadi, sebagai menjawab kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa Anwar yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.

Anwar mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terlibat dalam operasi itu. "Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," katanya kepada 600 hadirin di majlis tersebut.
 :-)
 Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang. Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular.

Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987. Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina.

 Malaysiakini

Ahad, Februari 16, 2014

Saya lulus Tabung ATM agar pulangan dimanfaat pesara - Anwar

KUALA LUMPUR 15 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Aeri Anwar Ibrahim kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Kata Anwar, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dengan meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.

 "Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan. "Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah," kata Anwar. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor semalam.

"Rasionalnya saya menganugerahkan saham penyenaraian yang mencecah ratusan juta ringgit agar pulangan dan hasil itu dapat memanfaatkan pesara tentera yang memerlukan," katanya,. Namun menurut Ketua umum KEADILAN itu, usahanya akhirnya menemui kegagalan setelah kerajaan minoriti BN gagal memahami matlamat usaha tersebut yang pada awalnya bertujuan membantu golongan pesara tentera.

"Beri ratus juta ringgit itu bukan untuk catat untung besar, tetapi untuk diberikan kepada golongan di bawah," tegas Anwar sambil menambah perkara tersebut hanya dapat diperbetulkan dengan menukar kerajaan. "Seandainya kita bentuk kerajaan, hari ini kita akan betulkan," ujarnya. kd

Jumaat, Februari 14, 2014

Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar - Penganalisis politik

 
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.
 
Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar. 
 
"... pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.
 
"Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
 
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.
 
Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.
 
Untuk rekod, kontroversi 'sembelihan ayam' baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
 
Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
 
Sinar Harian.

Khamis, Februari 13, 2014

Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar? - Subky Latif

Subky Latif,


Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.
Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.
Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.
Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.
Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.
Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.
Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.
Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.
Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.
Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.
Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.
Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.

Rabu, Februari 12, 2014

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar Ibrahim

Latheefa_Koya

PUTRAJAYA 11 FEB: Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .

Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu.

“Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini,” kata Latheefa.
Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998.

Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara.

Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

KeadilanDaily

Selasa, Februari 11, 2014

Siasatan terhadap Anwar, BN guna polis tutup kelemahan

amiruddin-saari

KAJANG 11 FEB: Tindakan polis membuka siasatan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menunjukkan Umno-BN cuba menutup kelemahan mereka bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Kajang.

“Apa yang dilakukan Anwar sebelum ini adalah penerangan strategi dan taklimat kepada jentera dan petugas pilihan raya.

“Anwar bukan berkempen. Berkempen hanya setelah dia menjadi calon, setelah penamaan calon nanti,” kata Setiausaha KEADILAN Selangor, Amirudin Shari.

“Anwar juga memberi penerangan mengenai sebab terjadinya kekosongan DUN Kajang sebelum ini, mengapa Pakatan Rakyat memilih Kajang dan sebagainya.

“Daripada guna polis sampai sekarang (sebagai jentera), lebih baik BN kemukakan calon dan kita bertanding di Kajang,” kata Amirudin.

Tambahnya Umno- BN sehingga hari ini masih gagal mengemukakan calon mereka, sebaliknya menggunakan polis untuk menutup kelemahan mengaburi kelesuan jentera BN bagi menghadapi PRK Dun Kajang.

“BN guna polis untuk tutup kelemahan mereka,” kata Amiruddin yang juga Adun Batu Caves.

KeadilanDaily

Isnin, Februari 10, 2014

JEPUN MOHON MAAF KEPADA ANWAR..

dsai_sasakawa

PETALING JAYA 10 FEB: Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakaawa (SPF), Jiro Hanyu meminta maaf kepada Ketua Umum Anwar KEADIAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas apa yang berlaku bulan lepas.

Jiro meminta maaf keatas Anwar berhubung sekatan terhadap Ketua Umum KEADILAN, dari memasuki Jepun bagi satu forum mempromosikan demokrasi dan keamanan serantau 19 Januari lalu.

“Saya meminta maaf atas yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar. Saya tidak dapat terima tindakan yang dikenakan ke atasnya,
“Saya sebagai tuan rumah, rasa bertanggungjawab atas apa yang yang terjadi. Saya minta maaf atas malu yang ditanggung Anwar,” kata Jiro pada sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, hari ini.

Beliau pada masa yang sama turut menjemput Anwar ke Jepun lagi sekali untuk menyertai forum dengan tema demokrasi dan Muslim 26 Februari depan.

“Saya harap rancangan untuk mengadakan program bersama Anwar tidak akan terencat dengan insiden ini.

“Saya harap Anwar boleh menerima jemputan ini. Saya harap apa yang berlaku bulan lepas tidak berulang lagi,
“Kita tahu anwar sangat bagus bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat antarabangsa, ” katanya.
Dalam pada itu Anwar menghargai apa yang dilakukan pengerusi SPF.

“Saya menghargai maaf yang dilakukan, dia pun sudah menjelaskan pendiriannya.
“Insya Allah saya akan ke sana pada 26 Februari, tetapi dalam tempoh singkat,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Sabtu, Februari 08, 2014

PRK Kajang referendum rakyat tolak kerajaan Barang Naik...Boleh?????????

n25_kajang

KAJANG 7 FEB: Pilihan raya kecil DUN Kajang menjadi pungutan suara (referendum) kecil yang mewakili rakyat untuk menolak kerajaan Barang Naik, kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari

“Saya percaya orang di Kajang tidak terlalu naif untuk menolak polisi yang tidak menguntungkan rakyat, kenaikan kos dan harga barang, cukai yang melampau seperti memberi tekanan dalam kehidupan.

“Pilihan raya kecil ini kesempatan kepada rakyat Kajang untuk jadi sampel kepada rakyat Malaysia
“PRK Kajang merupakan pungutan suara yang saya gelar sebagai referendum Rakyat Tolak Barisan Nasional (RTBN),” kata Amiruddin dalam majlis hi-tea di Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, semalam.

Katanya, PRK Kajang menjadi platform kepada rakyat Malaysia bahawa mereka menolak polisi Umno-BN yang membebankan selain janji-janji kerajaan yang gagal ditunaikan.

Nada sama disuarakan bekas ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir bahawa kerajaan hari ini yang mendapat mandat minoriti khianat apabila gagal mengawal kenaikan kos sara hidup.

“Tapi Alhamdulillah. Bila diisyhtiharkan PRK Kajang, kerajaan isytiharkan tol tidak dinaikkan bagi tahun 2014.

“Itu kemenangan pertama pada kita,” katanya.

KeadilanDaily

Jumaat, Februari 07, 2014

Panas!! Menteri, veteran Umno & kroni takut Anwar masuk Selangor

DSAI_KAJANG

KAJANG 7 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ‘Langkah Kajang’ menggerunkan Umno-BN, kroni dan keluarga sehingga ke peringkat Menteri bertaraf veteran.

Selangor, negeri terkaya di Asia Tenggara diketahui umum merupakan pusat ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang kaya hasil bumi dan sumber manusia menjadi permata idaman setiap parti politik.

“Sebab itu dalam mesyuarat Umno, bila dia dengar Anwar mahu masuk Kajang saja, dia sudah takut.

“Sampaikan Tun Daim pun kata, bila Anwar masuk Selangor habislah kita. Kita (Umno) mesti mula kempen sekarang.

“Apasal dia takut? Bukannya saya dendam sebab dulu dipenjarakan.

“Sebab dia tahu kita mahu tukar polisi. Tidak lagi mahu mencuri (harta rakyat) kronisme, monopoli dan sebagainya,” kata Anwar di hadapan 300 hadirin dalam majlis hi-tea di Pusat Komuniti Sg Kantan, semalam.

Anwar berucap di Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, Kajang
Anwar berucap di Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, Kajang

Justeru, Anwar mengingatkan anggota KEADILAN dan parti rakan Pakatan Rakyat tidak memandang mudah cabaran dihadapi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

“Kita tidak ambil mudah. Umno-BN akan mengumpulkan segala jenteranya untuk pada pilhan raya kecil nanti

“Sebab bila Anwar jadi calon, satu kerajaan Malaysia turun, seluruh negara termasuk Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri yang mahu tidur (pencen) pun bangkit (bekempen) semula,” kata Anwar.

KeadilanDaily

Saya Mungkin MB Selangor Yang Baru..



PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kajang. Bercakap secara eksklusif kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam, Anwar berkata: "Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan. Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu Perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah saja.

" Menurut Anwar, perbincangan (dengan rakan Pakatan) perlu untuk dapatkan permuafakatan dan kerjasama. Beliau kemudian sekali lagi menegaskan, "kemungkinan itu ada." "Cara kita berbeza dengan institusi raja dan saya sudah ada pengalaman. Saya tidak mahu ulas kedudukan saya," ujarnya. Anwar pada 28 Januari lalu selepas diumumkan akan bertanding kerusi Dun Kajang pada PRK ini, menyatakan Abdul Khalid akan kekal dan dakwaan beliau akan ambil alih jawatan menteri besar hanya spekulasi.

 Pada temu bual semalam, Ketua Pembangkang itu bagaimanapun dalam nada berbeza menegaskan apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar Selangor, penyandangnya bukan tetap. “Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan saja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun. Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik," katanya.

 Mengenai PRK Kajang, Anwar menyatakan beliau mahupun Pakatan tidak anggap mudah untuk menang. “Saya akan turun bawah jumpa rakyat. Kalau bertanding, saya bukan Ketua Umum, saya hanya calon. Di Permatang Pauh, saya turun rata kedai kopi. Kalau saya balik, ada orang meninggal, jam 1 atau 2 pagi pun saya akan melawat. “Insya-ALLAH, kalau saya menang di Kajang pun, saya kena jadi macam itu. Nasib baik Kajang, dekat dengan rumah saya Segambut,” katanya.

PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan Adun daripada PKR, Lee Chin Cheh secara mengejut pada 27 Januari lalu atas alasan tidak mampu berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan berkesan. Sehari kemudian, Abdul Khalid mengumumkan Anwar dipilih sebagai calon PRK kerusi Dun berkenaan. Ini sekali gus mencetus polemik bahawa peletakan jawatan Chin Cheh ada kaitan dengan percaturan untuk Anwar mengambil alih tempat Abdul Khalid sebagai menteri besar yang dilaporkan enggan menerima Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai penggantinya.

 Sinar Harian.

Khamis, Februari 06, 2014

'Konsensus nasional bukan 'bunga-bunga' k'jaan perpaduan' - Anwar Ibrahim



 Gesaan berterusan Pakatan Rakyat supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu-isu nasional yang dihadapi negara bukan merupakan "bunga-bunga" kepada pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, tegas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika tidak, katanya, beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor -  merujuk kepada pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandinginya.

"Parameter (dialog itu) sangat jelas - jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat... berdasarkan kepada jaminan ini.

"(Ia akan membabitkan) isu-isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah - tidak lebih dari itu ," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Anwar, ini telah menjadi matlamat akhirnya sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu, pertama kali dibuat Ogos lalu.

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution telah bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, menang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan (isu-isu) ini... kerana (BN) bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik," kata Anwar.

Katanya, mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan mengkaji tawaran konsensus nasional itu dan bahawa beliau telah mengadakan "perbincangan peribadi yang panjang lebar" dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .

Majlis kepimpinan Pakatan mengambil pendirian untuk terus menggesa supaya dialog itu diadakan walaupun "mengetahui bahawa BN hanya akan menolaknya dan akan ada  puak (Umno) yang menentangnya". MK.

[Baca berita penuh]

Rabu, Februari 05, 2014

'Anwar diperlu perkukuh "New York" M'sia'


 
WAWANCARA Sekalipun menganggap 'Langkah Kajang' sebagai "strategik walau sukar diterima", Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Ahmad menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tekad mempertahankan negeri yang "amat penting" menjadi idaman pihak lawan.

Mengumpamakan Selangor seperti New York atau Carlifornia, Nik Nazmi berkata kejayaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu, perlu diperkukuhkan lagi demi kepentingan rakyat termasuk mengatasi isu air dan sentimen ketegangan agama yang memuncak sejak akhir-akhir ini.

Oleh sebab itu, katanya, isu itu menjadi dorongan 'Langkah Kajang' diambil dengan meletakkan "aset paling kuat" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekang cabaran pentadbiran kerajaan pusat pada beberapa bulan mendatang dengan memberikan "jawatan lebih formal" seperti ADUN kepada tokoh PKR itu.

"Kita fikir Datuk Seri Anwar (dapat) membantu berdepan cabaran di Selangor dan kita merasakan juga, ini masa yang penting kita menunjukkan perpaduan dalam PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

"Apa yang berlaku di Selangor mempunyai implikasi nasional. Selangor seperti New York Carlifornia bagi Malaysia. Di sinilah di mana segala-galanya berlaku. Kita berjaya di Selangor, Tan Sri Khalid sudah buktikan pada 2008.

"Jadi cerita kejayaan kita di Selangor mempunyai implikasi (repercussion) nasional. Jadi kami perlu membinanya mengenai hal itu. Kami rasa itu yang kami lakukan. Beberapa minggu dan bulan mendatang adalah satu perkara yang penting," kata Nik Nazmi.

Mengakui mengosongkan kerusi Kajang itu mengejut dan mencetuskan kebimbangan banyak pihak, Nik Nazmi menjelaskan parti itu "tidak mempunyai opsyen lain malah seboleh-bolehnya mahu mengelak berlakunya pilihan raya kecil".

"(Tetapi) kita melihat kepentingan yang lebih besar, (menyebabkan) kita buat begini... Kita tahu sedikit sebanyak (ia) menjejaskan sokongan kita.

"Kawan kita pun maklum. Kawan saya pun bertanya, tapi kita percaya, kita ada tujuan dan matlamat yang lebih besar," katanya sambil menambah isu tersebut melangkaui parti dan individu, sebaliknya melibatkan kepentingan negeri dan negara.

Kenapa sekarang?

Ditanya mengapa PKR tidak memikir keputusan sejak awal lagi, Nik Nazmi mengulangi ia ekoran banyak isu semasa termasuk isu air dan isu ketegangan agama muncul di negeri itu sejak akhir-akhir ini dan besedia dengan sebarang "kebarangkalian".

"Kita harus menghadapi kebangkalian yang timbul, kita tidak dapat lari. Kita boleh jadi seperti PM yang tak buat apa. Tapi itu bukan pilihan lagi, rakyat tidak mahu," katanya.

Mengulas sama ada langkah itu diambil susulan 'pergeseran' Khalid dan Timbalan Presiden Azmin Ali, Nik Nazmi berkata beliau "tidak melihat perkara itu serius" dan menganggap hanya perbezaan pendapat dan ia disensasikan oleh pihak tertentu.

Sebaliknya, Nik Nazmi berkata apa yang paling penting ialah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan sikap mahu melakukan perubahan dan sekarang bukan masanya untuk berpecah demi kepentingan peribadi.

Bekas exco AMK itu juga berkata "tidak adil" menyalahkan Khalid dalam isu air dan rampas Bible di negeri itu mendorong kekosongan DUN itu berlaku memandangkan isu itu rumit dan besar.

"Apa yang dinyatakan oleh Pakatan, bahawa Tan Sri Khalid masih lagi menjadi menteri besar, kami mahu teruskan, itu yang menjadi fikiran kami.

"Saya ulang (seperti) Datuk Seri Anwar sebut, Tan Sri Khalid menjadi MB dan beliau adalah calon Kajang. Kami menggunakan (mereka) berdasarkan trek rekod, pengalaman untuk mengembleng fokus untuk ke Putrajaya.

"(Jadi) kita ada kekuatan di Selangor. Kita akui (kita) ada segala kekuatan untuk membantu kita di Selangor berdepan Umno/BN," katanya yang juga bekas setiausaha politik Khalid.

Nik Nazmi yakin, sekiranya "strategi luar biasa" PKR itu dapat diterang dengan baik, segala kekhuatiran rakyat akan dipadam sekaligus kemenangan bakal memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu.
 
MalaysiaKini

Selasa, Februari 04, 2014

Rakyat Selangor untung Anwar jadi Adun Kajang - Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Muhammad_Taib

KAJANG 4 FEB: Rakyat Selangor secara umum dan pengundi DUN Kajang secara khusus sangat beruntung sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dan berada dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Anwar merupakan tokoh besar tanahair mempunyai peranan untuk menerajui perubahan politik di negara ini.
“Saya pernah berada dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau merupakan seorang tokoh besar, kepimpinannya begitu efektif dan beliau masih banyak idea dan ruang yang belum diterokai.

“Saya rasa orang Kajang sangat beruntung kalau mempunyai wakil rakyat seperti Anwar,” kata Muhammad, yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Tambahnya, tidak wujud isu ‘turun pangkat’ dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ke jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Bagi saya ini tidak menjadi masalah. Perkara ini biasa berlaku di luar negara. Saya rasa orang di Malaysia perlu didedahkan dan difahamkan tentang perkara seperti ini,” katanya kepada Keadilandaily.

“Jika seseorang itu pemimpin berjiwa besar dan berkebolehan, letaklah dia dimana-mana pun, pemimpin itu pasti berupaya dan boleh sahaja menunjukkan kebolehannya,” tegas Muhammad.

KeadilanDaily

Isnin, Februari 03, 2014

Kata dua Khalid tak pernah wujud - DSAI

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada sebarang syarat dikenakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau bersetuju dengan 'percaturan Kajang' yang kontroversi itu.


Dengan itu katanya, spekulasi bahawa Khalid tidak akan berganjak dari jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang jika Ketua PKR Selangor, Azmin Ali tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa adalah "tidak benar" dan "tidak adil buat Khalid".

"Jika awak kenal Khalid, (awak akan tahu) dia bukan jenis yang begitu. Bukan sahaja (spekulasi ini) tidak benar, ia juga tidak adil buat Khalid.
"Beliau ada menyatakan pandangannya, tetapi dikenakan syarat itu dan ini tak pernah ada," katanya dalam wawancara bersama 
Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan The Star yang memetik sumber dekat dengan Khalid yang mendakwa beliau tidak akan berganjak sehingga Azmin mengosongkan kerusinya.

[Baca berita penuh]/Malaysiakini

Ahad, Februari 02, 2014

Kemaraan Anwar di Selangor, Najib dan BN kian tertekan

SHAH ALAM 2 FEB : Keputusan menempatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Kajang memberikan tekanan berganda kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertahan atau mengekalkan kuasanya sebagai pemerintah.

Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin, berkata Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kelebihan berbanding BN berikutan deretan kelemahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu terserlah sejak kebelakangan ini.

PKR1Katanya kredibiliti Najib kini bukan saja dipertikai dan diragui rakyat, malah terdapat banyak kelompok yang sebelum ini memberi sokongan kepadanya dilihat sudah menarik ‘brek tangan’ masing-masing dan mulai terbuka mengkritik serta mempertikaikannya.

“Ramai yang hilang keyakinan bahawa Najib mampu memimpin kejayaan kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol, tetapi semua itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam menyelesaikan masalah.

najib n“Ditambah dengan pelbagai isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu, ketegasannya hampir tidak menonjol, malah Najib sebenarnya lebih sesuai menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis,” katanya dalam satu kenyataan di blog.

Malah kelemahan Najib menerajui Umno-BN semakin terserlah dalam PRU-13 yang lalu apabila semakin banyak majoriti kerusi terlepas ke tangan PR dan kebarangkalian untuk majoriti itu terus berkurang tidak dapat disangkal.

“Kebarangkalian untuk BN kalah terus juga tidak dapat ditolak lagi jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang,” katanya lagi.
EZY

Selangorkini

PKR Wanita P.Pinang persiap jentera bantu kempen Anwar di Kajang

SHAH ALAM 1 FEB: Wanita PKR Pulau Pinang mempersiapkan jenteranya untuk turun padang ke DUN Kajang bagi memberikan sokongan padu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi calon.

Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar, berkata jentera PKR Wanitanya akan terus mempamerkan solidariti dengan kepimpinan Anwar dengan memastikan kemenangan mutlak diperolehi.

logo-pkrKatanya, Wanita PKR Pulau Pinang yakin dan percaya Anwar merupakan calon yang amat sesuai berdasarkan ketokohan dan keberanian beliau.

“Dalam politik Malaysia hari ini kita amat memerlukan seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti beliau dalam memikul bebanan tugas dan tanggungjawab yang amat besar ini.

“Diseru semua ahli terutama yang berada bersama-sama di dalam perjuangan landasan Pakatan Rakyat untuk berhenti dari membuat tanggapan dan spekulasi negatif,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, tugas dan misi sekarang adalah untuk mempertahankan kerusi DUN Kajang pada pilihan raya kecil akan datang dan memastikan Pakatan Rakyat memperolehi majoriti lebih besar pada kali ini.
EZY

Selangorkini

Sabtu, Februari 01, 2014

Anwar jelas alasan tanding DUN Kajang 3 Februari depan


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan penuh berhubung tindakan PKR meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 3 Februari, Isnin depan.

Ketua Umum PKR itu berkata, keputusan berkenaan dirinya bertanding di kerusi tersebut juga akan diadakan dalam satu majlis yang sesuai.

"Insya-Allah, 3 haribulan (Februari) kita akan terangkan," katanya ketika memberikan ucapan di Masjid Kariah Batu 10, Cheras selepas solat Jumaat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut berkata, pihaknya akan memberikan penerangan berhubung perkara itu memandangkan ia menjadi tanggungjawab PKR kepada rakyat.
"Itu cadangan kita untuk mengadakan program besar untuk menerangkan kepada pengundi.

"Kerana Anwar dan pimpinan PKR, kususnya pimpinan PR untuk terangkan kepada pengudi-pengundi mengapa kita bermuafakat untuk adakan pilihan raya kecil.
"Ini tanggungjawab kita," kata Mohamed Azmin.

Beliau bagaimanapun berkata, PKR masih lagi belum memutuskan lokasi sesuai untuk program berkenaan.
Penerangan berkenaan perkara itu jelas Mohamed Azmin perlu bagi mengelakkan tercetusnya salah faham antara rakyat Malaysia dan juga pengundi di DUN Kajang.

"Penerangan untuk pengundi Kajang dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini tanggungjawab yang perlu kita laksanakan supaya tidak ada timbul salah faham," katanya.

Tarikh itu juga jelasnya dipilih selepas Anwar selesai mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi menjelaskan permuafakatan mereka. – 31 Januari, 2014.

TheMalaysiaInsider

Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami - YB Rafizi Ramli

 
PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman  di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya).

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya.

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya.

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.
 
Malaysiakini

PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar

SHAH ALAM, 31 JAN: Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional (BN) daripada segi penggunaan isu yang mampu menambat hati pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik, berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
“Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr MaszleeDr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor.

Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Katanya, isu peletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR.

“Ramai terkejut dengan perletakkan jawatan, tidak kira penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pengundi biasa di peringkat akar umbi tetapi kita lihat dua tiga hari ini penjelasan oleh Rafizi, Dr Manuaty, Khalid Samad dan kepimpinan PR lain akan meredakan suasana. Jadi isu letak jawatan ini akan hilang.

UMNO BN 55“Manakala, isu prestasi ADUN lama bukan isu besar sebab bila Anwar bertanding, banyak isu nasional yang timbul,” katanya.
Dr Maszlee berkata, BN tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggunakan strategi politik tipikal mereka dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PR dalam PRK Kajang itu.

“Tun Mahathir sendiri sudah mula tidak menekankan isu persoalan perletakan jawatan ADUN PKR tetapi main isu peribadi Anwar. Menyerang peribadi Anwar juga bukan isu yang besar sebenarnya tetapi hanya itu sahaja pilihan yang BN ada ketika ini,” katanya.
-NFN-

Selangorkini

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive