Perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Tahun Baru Cina 2014

DSAI_rumah2

Kesungguhan dan ketekunan untuk mencapai cita-cita sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat Cina yang seharusnya dicontohi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ini penting, terutama sekali dalam perjuangan dan usaha kita untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.

Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda negara mutakhir ini, saya bagi pihak Pakatan Rakyat telah mengusulkan supaya dirundingkan suatu Konsensus Nasional bagi merungkai segala permasalahan khususnya yang membabitkan isu perpaduan di antara kaum dan agama.

Yakinlah bahawa sekiranya Konsensus ini tercapai, kerukunan hidup bernegara dapat dikukuhkan dan kesemua rakyat dapat bekerjasama untuk membawa negara ini ke suatu tahap yang lebih baik.

Justeru, sempena sambutan tahun baru ini, saya menyeru seluruh lapisan rakyat untuk terus beriltizam meneruskan usaha memastikan negara ini kekal dalam keharmonian dan kerukunan. Perbezaan agama dan fahaman politik sewajarnya diketepikan dan titik persefahaman perlu dicapai demi merealisasikan matlamat ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Semoga sambutan tahun baru kali ini dilimpahi dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

ANWAR IBRAHIM
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes