Panas!! Najib di Cabar Bertanding lawan Anwar di Dun Kajang..


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang bertuah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.


"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.
 
"Jadi orang Kajang bertuah pemimpin dunia turun ke sini berjuang.

Sementara itu, Azmin juga mencabar Umno mencalonkan pemimpin tertingginya Datuk Seri Najib Razak bersaing merebut kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh itu

“Umno kalau berani mari turun di Kajang, jangan letak MCA jangan letak MIC.

"Kalau berani letak Najib sebab dalam Utusan kata bukan main hebat (dia), lagi pemimpin hebat, pemimpin besar.

"Besar tak besar, mari turun Kajang," katanya dalam taklimat pilihan raya kecil DUN itu kepada lebih 100 jentera pilihan raya PKR.

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.


Malaysiakini
Previous
Next Post »

2 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
29 Januari 2014 8:10 PTG delete

Ada satu kisah,sekumpulan budak2 pengakap pergi berkhemah di sebuah lereng bukit. Apabila sampai di destinasi mereka pun mendirikan khemah..setelah siap semua kerja2 mereka pun tertidur ...maka, muncullah seekor hantu ingin mengusik budak2 pengakap itu..mereka tidak jaga walaupun hantu itu memegang kepala dan menampar pipi mereka...hantu itu memerhati cara mereka tidur...." ahh, tak disiplin langsung budak2 ni" kata hantu itu..." tidur kepala tak teratur" hantu tersebut menarik kepala budak2 itu supaya tidur teratur..bila dia tarik kepala kaki pula tidak teratur, dia pergi tarik kaki kepala pula tidak teratur, sampai pagi hantu itu menarik kepala dan kaki budak2 itu ia tetap tidak sama.....umno janganlah jadi hantu dalam kisah di atas..penat saja..biarlah PR bermain politik murahan diantaramereka..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
29 Januari 2014 8:43 PTG delete

Lain kali umno jangan ingat dia pandai sangat selalu kacau negeri yang diperintah oleh pembangkang. Macam2 isu dibangkitkan di selangor , kalimah Allah lah, isu perkauman. PKNSlah untuk memecahbelahkan hubungan baik antara kaum dan parti pembangkang di Selangor tujuan untuk merampas selangor. Kerana selangor negeri kaya.Selama PR memerentah SElangor poket orang umno/bn dah kosong. Jadi dapat selangor kembong balik poket mereka kerana dapat songlap harta negeri selangor. Jangan lupa di perak berlaku pembelian ahli PKR hingga negeri perak dirampas secara haram.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes