Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas? - Anwar Ibrahim

dsai_puchongPUCHONG 6 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Rakyat yang tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya? kata Anwar pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” tegasnya.

Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.

“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat. Pendapat ini keterlaluan.
“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, di Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.

Dalam masa sama, kata Anwar kenyataan akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam..

“Nak jatuhkan hukum itu,dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik, lebih-lebih lagi dalam isu bughah ini.

“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabka kekeliruan dikalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam,” ujarnya.

KeadilanDaily
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes