Debat untuk jelas kekeliruan penggunaan kalimah Allah - MP PAS


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberitahu program debat anjuran Sinar Harian esok adalah bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat sekarang tentang isu kalimah Allah.

Jelas beliau, debat tersebut bukan untuk memanjangkan isu tetapi bagi memberi penjelasan sebenar di sebalik konflik penggunaan kalimah Allah.

"Saya bersetuju atas jemputan Sinar Harian dalam program debat membabitkan isu kalimah Allah, kita ingin memberi penjelasan sebenar agar tiada lagi kekeliruan yang berlaku.

"Saya harap selepas debat ini, masyarakat akan lebih faham dan isu ini reda, kalau masih ada lagi yang memperbesarkannya serta keliru itu terpulang kepada mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Sinar Harian akan menganjurkan  “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” yang merupakan Wacana Sinar Siri 26 esok jam 2.30 petang.

Perdebatan tersebut membabitkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad dan juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Khalid turut mengharapkan agar rakyat menyambut baik debat tersebut dan perlu memikirkan dari sudut yang positif demi kesejahteraan masyarakat negara ini.

"Berdebat dengan mengemukakan fakta-fakta yang jelas dan bukan mengikut perasaan, saya harap rakyat menyambut baik debat tersebut.

"Kita mahu menyeleraikan apa yang mengelirukan fikiran rakyat, dalam hal ini kena berfikiran positif serta jangan cepat melatah kerana kita mahukan sebuah negara yang aman dan harmoni," sambung beliau.

Beliau menyambut baik debat yang dianjurkan Sinar Harian sebagai usaha jalan penyelesaian dalam konflik penggunaan isu kalimah Allah yang melanda negara ini.

Khalid turut berharap agar selepas program debat ini, tidak ada lagi pihak yang terus mempersoalkan penggunaannya kerana ia telah diperjelaskan oleh kedua-dua parti PAS dan Umno.

Moderator bagi debat tersebut adalah Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.

HarakahDaily
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes